Kerajaan tidak bercadang mengenakan kompaun terhadap operator Perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik pada September tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata menghukum bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah itu.
"Sebaliknya, SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) berpandangan pihak operator berkenaan perlu melaksanakan semua langkah penambahbaikan bagi memastikan insiden sama tidak berulang," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau mengulas cadangan beberapa anggota Dewan Negara yang meminta supaya operator perkhidmatan awam dikompaun sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan sehingga memberi masalah kepada pengguna.
Nancy berkata SPAD juga sedia bekerjasama dengan operator untuk meningkat dan menambah baik kualiti perkhidmatan awam negara ini.
BACA: Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas lagi
Pada 9 Sept lepas, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan membabitkan laluan Setiawangsa-KLCC menyebabkan penumpang terperangkap di dalam tren selama 20 minit.
Dua hari sebelum itu, ribuan pengguna LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas sejak 7 pagi.
Siasatan awal Prasarana, pengendali perkhidmatan LRT, mendapati bekalan elektrik yang terputus mengakibatkan gangguan perkhidmatan berkenaan.
Nancy turut mengulas mengenai penyediaan makanan dalam Electric Train Service (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan BRAHIM'S Holdings Bhd akan menyediakan perkhidmatan itu di atas gerabak ETS mulai Mei ini.
"Ia adalah antara usaha menambah baik pengoperasian kafe dalam ETS," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Pada September lalu, ribuan pengguna LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas sejak 7 pagi. - Gambar hiasan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
LRT terjejas: Operator tidak dikenakan kompaun - Nancy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata menghukum bukanlah satu-satunya cara menyelesaikan masalah itu.