Pemimpin UMNO kini semakin ketandusan idea untuk mencemarkan imej tokoh Pakatan Harapan (PH) dengan menabur fitnah dan terdesak dengan pelbagai langkah murahan untuk menjatuhkan kerajaan.
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia sekali gus menjadi asas kukuh untuk pelaku fitnah berkenaan segera dibawa ke muka keadilan.
"Kerja mereka hari-hari adalah menabur fitnah. Tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka yang sengaja memfitnah PH. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam masih tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat negara ini sudah menolak UMNO serta Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
"Namun, kita tidak perlu risau kerana maruah dan reputasinya semakin jatuh di atas perbuatannya sendiri. Rakyat tahu siapa dia ini selepas tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: 'Sudah-sudahlah Lokman, carilah modal lain'
BACA: PKR buat laporan polis terhadap Lokman Adam
Pada Isnin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis ke atas Lokman susulan kenyataan di laman Facebook yang menuduh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pelajar dari Indonesia.
Pada Ogos lepas, Lokman tewas kepada calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang memperoleh 15,427 undi berbanding 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy (97 undi) pada PRK Sungai Kandis.
Dalam pada itu tegas Khairuddin, rakyat negara ini diminta tidak melayan perbuatan Lokman yang dianggap hanya membuang masa semata-mata.
"Tetapi dalam masa yang sama dia harus dihadapkan ke muka pengadilan kerana terlalu melampau menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin PH.
"Sesungguhnya, inilah gelagat pemimpin-pemimpin UMNO yang masih meroyan selepas hilang kuasa pada PRU lepas.
"Sehingga kini, mereka amat terdesak untuk memecah-belahkan kekuatan jitu PH," jelasnya.
Sementara itu, Anwar turut menasihatkan Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu agar mencari modal lain jika mahu menyerang dirinya.
Menurut Anwar, sudah 20 tahun beliau melalui perkara sedemikian dan enggan memikirkan tuduhan dibuat Lokman itu.
Astro Awani
Mon Oct 01 2018
KHAIRUDDIN: Tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka yang sengaja memfitnah PH. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.