Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Ahad, 28 Jun 2020.

Berikut adalah antara inti pati utama kenyataan tersebut:

1) Task Force Operasi Pematuhan membuat 66,063 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan empat individu ditahan.

2) KPDNHEP melakukan pemeriksaan ke atas 1,368 premis, sembilan premis tidak patuh SOP PKPP diberi nasihat.

3) PDRM membuat 68 sekatan jalan raya Operasi Benteng dan menahan tiga warga asing.

4) PDRM menjalankan 427 pemantauan SOP home quarantine.

5) Sebanyak 454 rakyat Malaysia memasuki negara pada Sabtu menerusi KLIA, KLIA2, sementara 148 individu melalui sempadan Johor.