Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin, 8 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. Sebanyak 194,450 kenderaan diperiksa PDRM pada Ahad berbanding 225,345 kenderaan pada hari sebelumnya dengan 60 individu ditahan.

2. Dari 1 Mei sehingga 7 Jun, seramai 396 pendatang tanpa izin (PATI) dan 108 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram.

3. Bermula 15 Jun, semua gimnasium, dewan tertutup (indoor venue seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai, pusat snuker dan pusat-pusat sukan yang lain) dibenarkan beroperasi semula.

4. Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura akan dibenarkan berulang alik atas urusan kerja dan perlu bersedia untuk menjalani ujian swab COVID-19 jika diperlukan oleh kerajaan Singapura.

5. Aktiviti sukan air di kolam renang masih kekal tidak dibenarkan.