Persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai ini merupakan persidangan yang ditunggu-tunggu selepas hampir beberapa bulan lamanya tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Selain itu, ia juga bakal mencuri tumpuan apabila barisan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menduduki blok kerajaan selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari lepas.
Berikut merupakan lima perkara penting yang bakal mewarnai persidangan Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat kali ini.
1. Ahli Parlimen dijangka akan memulakan persidangan dengan membahaskan kandungan ucapan Titah Diraja yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mesyuarat Pertama Sidang Dewan Rakyat, 18 Mei lepas.
2. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan usul menamatkan khidmat Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming.
3. Blok Pakatan Harapan dijangka cuba mengemukakan kembali membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri yang juga Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.
4. Parti PAS pula akan mengemukakan usul undi percaya terhadap kepemimpinan Muhyiddin, untuk dibentang dan dibahaskan.
5. Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah Sementara) akan dibentangkan sebagai komitmen bagi mengurangkan impak perundangan Covid-19, kata Perdana Menteri.
Mengikut portal rasmi Parlimen Malaysia, persidangan pada 13 Julai ini akan dikenali sebagai Mesyuarat Kedua bagi Takwim Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020, dan akan berlangsung selama hari.
Selepas itu, Mesyuarat Ketiga akan berlangsung selama 27 hari bermula 2 November hingga 15 Disember 2020.
BACA: Undi tidak percaya Muhyiddin: Usul Mahathir disenarai, giliran 27
BACA: Azhar Harun calon YDP Dewan Rakyat, Azalina timbalan
BACA: Sidang Parlimen dijangka paling 'panas', pertukaran Speaker ikut Perlembagaan
Firdaus Azil
Sun Jul 12 2020
Persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai ini merupakan yang ditunggu-tunggu selepas tertangguh akibat penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.