Malaysia mencatatkan satu angka kes jangkitan baharu COVID-19 untuk dua hari berturut-turut, dengan hanya satu kes dicatatkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,002 kes, manakala jumlah
kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes.

Ini lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah, pada Selasa.

1. Satu kes jangkitan berkenaan merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

2. Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini.

3. Tiada kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan kes
kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.

4. KKM tidak pernah mengeluarkan arahan bagi ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu untuk menjalani saringan. Ia merupakan berita palsu.

5. KKM berharap masyarakat tidak leka dan akan terus mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.