Berikut adalah lima perkara yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi kenyataan akhbar pada Jumaat, 7 Ogos 2020.

1. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 62,530 pemeriksaan pada 6 Ogos 2020.

2. PDRM menahan 140 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, 32 individu direman manakala 108 individu dikenakan kompaun.

3. PDRM membuat 63 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 20,178 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

4. Sejak 24 Julai sehingga 6 Ogos, seramai 7,175 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa menjalani kuarantin di 30 hotel dan lima Institut Latihan Awam.

5. Sebanyak 21 tapak binaan diperiksa, kesemua mematuhi prosedur operasi standard (SOP).