Lima negeri di seluruh negara diberi penarafan lima bintang atas kecekapan serta keberkesanan pengurusan bencana banjir di negeri-negeri berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negeri-negeri itu ialah Sabah, Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak manakala penarafan empat bintang diberi kepada Kelantan.
"Kelantan ada sedikit masalah dari segi pusat pemindahan sementara (PPS). Jadi Kelantan kita beri penarafan empat bintang dulu dan selepas ini (masalah PPS selesai) baru dapat lima bintang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat PPS Dewan Serbaguna Membakut, Daerah Kecil Membakut, PPS Sekolah Menengah St Patrick dan PPS Bangunan Kafa di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman.
Shahidan berkata Pulau Pinang belum diberi sebarang penarafan kerana proses penilaian pengurusan bencana banjir di negeri berkenaan masih berjalan.
Mengenai lawatannya ke Daerah Kecil Membakut yang turut dilanda banjir, Shahidan berkata beberapa permintaan yang dikemukakan pihak pengurusan bencana daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah Beaufort untuk menambah baik beberapa kelemahan telah diluluskan serta-merta.
Katanya antara permintaan yang diluluskan ialah keperluan tangki air, dua buah bot, pembaikan keperluan asas di PPS seperti tandas dan kipas angin.
Bagaimanapun kata Shahidan, permohonan dan cadangan untuk membina sebuah dewan baharu untuk dijadikan sebagai PPS tetap di Daerah Kecil Membakut akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri kerana ia melibatkan kos yang besar.
Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir di Daerah Kecil Membakut sehingga pengurusan bencana itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2018
Lima negeri di seluruh negara diberi penarafan lima bintang atas kecekapan serta keberkesanan pengurusan bencana banjir. - Gambar fail Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.