Seorang lelaki cedera terkena renjatan elektrik ketika berlari keluar dari rumahnya yang terbakar di Jalan Kampung Gandai, dekat Jitra, malam tadi.
Bagaimanapun mangsa berusia 48 tahun itu berjaya diselamatkan dengan bantuan jiran sebelum anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikerah sebaik menerima panggilan jam 10.19 malam dan tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Operasi disertai 11 anggota dan tiga jentera dari BBP Jitra untuk membantu memadam kebakaran.
Selain itu, katanya, operasi turut dibantu tujuh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Air Hitam, Padang Sera, Tunjang, Lana Bulu, Kuala Kedah, Seberang Nyonya dan Jalan Kundur.
Mohamadul Ehsan berkata setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah kelas B separa batu dan kayu sedang terbakar.
Beliau berkata terdapat seorang mangsa didapati mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian.
Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Tambah Mohamadul Ehsan, kebakaran berjaya dipadamkan PBS Air Hitam yang tiba lebih awal di tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, rumah dua tingkat berkenaan terbakar 70 peratus.
Beliau berkata setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 31 2020
Mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan jiran sebelum anggota bomba tiba memadamkan kebakaran. -JBPM
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Kanak-kanak lelaki OKU maut digilis jentera pembajak
Muhammad Aiman ditemui penduduk kampung tertiarap di dalam lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan
JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.04 malam.
Lelaki nyaris maut terkena renjatan elektrik ketika selamatkan diri dalam kebakaran
Mangsa berusia 48 tahun itu berjaya diselamatkan dengan bantuan jiran yang berada di lokasi kejadian sebelum anggota bomba tiba untuk memadam kebakaran.