Seorang lelaki maut selepas jatuh dari tingkat empat Plaza Low Yat di sini pada Jumaat.

Mayat Tan Wai Kit, 22 tahun, dijumpai di tingkat bawah plaza berkenaan kira-kira jam 11:30 malam.

Kejadian berlaku ketika peniaga sedang sibuk menutup kedai.

Siasatan awal polis mendapati mangsa pernah bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di plaza itu beberapa bulan dahulu.

Berdasarkan laporan, sebelum kejadian, penyelia tempat mangsa bekerja didakwa ada membuat laporan polis berkaitan kes pecah amanah yang dilakukan mangsa.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.