Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang sejak semalam (Jumaat), ditemui lemas di tebing sungai Kampung Pasir Salak, di sini hari ini.
Mangsa, Mohamad Khairi Salleh, 33, dari Kampung Telok Sena, Lambor Kiri, bekerja sebagai buruh, ditemui tanpa pakaian dalam keadaan tertiarap di dalam air, kira-kira 8 kilometer jarak dari rumah dan lokasi dia ditemui.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Suprintendan Barudin Wariso, mangsa menghidap sakit mental dan sedang menerima rawatan dari Hospital Teluk Intan.
"Pada 31 Oktober lalu, mangsa telah menerima suntikan rawatan mental dari pegawai perubatan Hospital Teluk Intan dan sebelah petangnya setelah habis kerja, mangsa balik rumah dan ibunya mendapati mangsa dalam keadaan gelisah dan berpeluh-peluh.
"Mangsa kemudian mandi di bilik air, selesai mandi lebih kurang pukul 7.30 malam, menurut ibunya, mangsa dalam keadaan bertuala keluar rumah melalui pintu belakang dan tidak pulang pada malam berkenaan.
"Usaha mengesan mangsa diteruskan pada 1 November dari pagi hingga petang, tetapi tidak jumpa sehinggalah hari ini, mangsa dijumpai mati lemas dalam sungai,"katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan luka akibat perbuatan jenayah dan pengecaman mayat juga telah dibuat oleh ibu mangsa, melalui satu gelang getah yang dipakai mangsa.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar turut bergegas ke lokasi bagi membantu membawa naik mangsa ke daratan.
Aida Aziz
Sat Nov 02 2019
Mangsa, Mohamad Khairi Salleh, 33, dari Kampung Telok Sena, Lambor Kiri, bekerja sebagai buruh, ditemui tanpa pakaian dalam keadaan tertiarap di dalam air. - Foto JBPM
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Pesara polis maut motosikal langgar jengkaut
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 55 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gajah.
Dua maut, dua cedera, nahas dua kenderaan di Kampung Gajah
Dua wanita maut manakala sepasang suami isteri cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gajah hari ini.
Pemandu lori tong gas maut kemalangan
Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, Pasir Salak pada Isnin.
6 kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gajah
Kebakaran itu memusnahkan empat kedai runcit, sebuah kedai perkakasan dan kedai perabot.
Orang ramai diminta salur maklumat kes kemalangan maut di Kampung Gajah
Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa bersama dua lagi penumpang dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Kampung Gajah.
Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor
Seorang lelaki maut akibat dirempuh kereta yang terbabas di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah pada Sabtu.
Meriah berganda di Kampung Gajah, musim durian, musim pilihan raya
Musim pilihan raya di Kampung Gajah, Perak pada tahun ini mungkin boleh dianggap istimewa bagi penggemar durian.
Berang kereta dibaiki masih rosak, lelaki bertindak bakar mekanik
Seorang mekanik parah selepas dikatakan dibakar seorang individu yang berang kerana kereta adiknya yang dibaiki mangsa masih rosak.
Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak
Tiga potensi itu dikenal pasti berdasarkan input daripada pengadu yang kemudian disusuli dengan siasatan oleh pegawai JAS Perak.