Legoland Malaysia Resort kini mencari jurucakap junior bagi Sea Life Malaysia, tarikan bertemakan laut yang akan dibuka pada akhir tahun ini.
Pertandingan Sea Life Junior Rangers dibuka mulai sekarang hingga 29 Jun kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun yang berminat terhadap hidupan laut dan pemuliharaan, serta mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai dan kamera.
Pemegang Pas Tahunan Premium LEGOLAND (R) Malaysia semasa dan baru serta berminat dalam aktiviti membina blok LEGO (R) akan mempunyai kelebihan tambahan.
Legoland Malaysia, dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata: "Program Sea Life Junior Rangers adalah program pendidikan global oleh pusat Sea Life di seluruh dunia dan kini boleh didapati di Asia Tenggara untuk kali pertama.
"Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan kanak-kanak dari Malaysia dan Singapura sebagai jurucakap kepada kawasan perlindungan marin.
"Junior Rangers akan berpeluang bertemu pakar marin Sea Life Malaysia, mendapat akses memasuki kawasan pekerja serta mempelajari lebih lanjut mengenai pemakanan ikan dan pemuliharaan hidupan laut."
Duta muda ini akan mendapat pas pembukaan akuarium dan akses percuma ke Sea Life Malaysia untuk tempoh 12 bulan.
Program ini menawarkan peluang kepada peserta untuk menjadi duta muda Sea Life Malaysia; belajar kemahiran; mengetuai pergerakan pemuliharaan laut, mendapatkan akses eksklusif bersama profesional, menikmati jemputan eksklusif untuk acara penting dan menerima pek eksklusif Junior Ranger.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan Sea Life Junior Rangers boleh didapati dengan melayari https://www.legoland.com.my/sealife/sealife/.
Bagi promosi dan aktiviti pula boleh didapati di laman web rasmi LEGOLAND (R) Malaysia Resort, www.legoland.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 17 2018
Pertandingan Sea Life Junior Rangers dibuka mulai sekarang hingga 29 Jun kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun yang berminat terhadap hidupan laut dan pemuliharaan. - YouTube/SEA LIFE Malaysia Junior Ranger Recruitment
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Legoland Malaysia Resort cari jurucakap junior 'Sea Life'
Pertandingan 'Sea Life Junior Rangers' dibuka mulai sekarang hingga 29 Jun kepada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun yang berminat terhadap hidupan laut dan pemuliharaan.