Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank "tersembunyi" milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2014 dan 2015.
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, memberitahu bahawa akaun perbankan peribadi Najib yang berakhir dengan 694, yang ditutup pada 2013, telah memindahkan kedua-dua jumlah itu ke akaun lain miliknya yang nombor berakhir 880 tetapi ia digunakan sepenuhnya kerana bakinya susut kepada RM736.17 pada 30 Sept 2014.
Merujuk kepada penyata akaun bank untuk akaun Najib dengan nombor berakhir 694, 880 dan 906, Yu mengesahkan akaun perbankan yang nombor berakhir 906 menerima sejumlah RM6,779,063 antara Jun 2014 dan Mac 2015, sementara akaun yang nombor berakhir 880 merekodkan kemasukan RM5.6 juta melalui deposit tunai pada Januari dan Februari 2015.
Menurut Yu, terdapat 20 buku cek bagi setiap akaun, berjumlah 80 buku cek untuk kesemua empat akaun, termasuk akaun peribadi lain yang berakhir dengan 898, milik Najib.
Saksi ke-54 pendakwaan memberitahu demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram pada hari ke-41 perbicaraan Najib,berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Yu berkata, pada Disember 2014, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd. Nik Faisal Ariff Kamil (Nik) telah menulis kepada bank untuk menjelaskan sumber wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.
"Nik berbuat demikian kerana institusi kewangan tersebut tidak selesa dengan jumlah deposit tunai yang tinggi dalam tiga akaun bank milik Najib dengan nombor berakhir 880, 898 dan 906.
"Dana itu adalah daripada dana peribadi Datuk Seri," katanya.
Sithambaram: Adakah bayaran tunai sering dibuat ke dalam akaunnya (Najib)?
Yu: Ya, apabila akaun terlebih keluar dan dana tidak mencukupi.
Sithambaram: Secara amnya adakah bayaran tunai dibenarkan?
Yu: Ia hanya dibenarkan jika ia benar-benar terlepas pandang. Bagaimanapun ini jarang berlaku dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Sithambaram: Laporkan kepada siapa?
Yu: Jika tak silap tekaan saya ialah kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bergantung pada keperluan mereka.
Sithambaram: Siapa yang biasanya mengatur pembayaran tunai ke dalam akaun Najib?
Yu: Oleh Nik atau Jho (Jho Low), tetapi ia sentiasa dideposit oleh seorang lelaki bernama Tee Kok Keong.
Yu berkata Jho Low adalah bekas penasihat kepada lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saksi itu juga berkata Najib tidak mempunyai kemudahan overdraf dan sekiranya berlaku overdraf dalam akaunnya, pihak bank akan memaklumkan kepada pemegang amanah iaitu Nik Faisal, atau Jho Low jika Nik Faisal tidak dapat dihubungi, dan deposit tunai akan diuruskan.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib, saksi itu berkata pengarah urusan bank ketika itu, Ashok Ramamurthy telah memberi peringatan berhubung akaun Najib disebabkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang mendorongnya memberitahu Jho Low bahawa akaun bank itu harus ditutup.
Beliau menambah bahawa sejumlah besar dan kekerapan overdraf deposit tunai ke dalam akaun itu merupakan salah satu sebab akaun tersebut perlu ditutup.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2019
Menurut Yu, terdapat 20 buku cek bagi setiap akaun, berjumlah 80 buku cek untuk kesemua empat akaun, termasuk akaun peribadi lain yang berakhir dengan 898, milik Najib. - Gambar fail/Astro AWANI
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.