Tapak pelupusan sampah Bandar Muadzam Shah, ditutup berkuat kuasa serta-merta kepada orang awam yang berhasrat mencari bahan kitar semula, kata Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid.
Beliau berkata tapak pelupusan sampah itu sememangnya kawasan larangan kepada orang awam dan hanya operator serta lori yang dilantik SWCorp sahaja dibenarkan masuk, namun berlaku kejadian tapak tersebut diceroboh.
"Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) cukup jelas berhubung larangan itu, kami tidak mahu kejadian yang memungkinkan orang lain mencari bahan kitar semula berlaku kerana kawasan terlibat bahaya selain atas isu kesihatan.
"Kami telah memberi arahan kepada operator yang menguruskan tapak tersebut untuk tidak membenarkan orang awam masuk dengan sewenang-wenangnya termasuk membuat kawalan keselamatan 24 jam oleh lima pekerja," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Sharudin sebelum itu, menyertai sesi dialog Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy bersama penduduk Orang Asli dari suku Jakun di Kampung Bukit Biru di sini, pada Selasa.
Selain itu, Sharudin berkata SWCorp juga telah mengarahkan operator untuk menutup laluan masuk dari arah belakang tapak pelupusan itu dengan serta-merta kerana difahamkan terdapat orang awam yang menggunakan laluan tersebut.
Katanya, isu masyarakat Orang Asli datang mencari bahan kitar semula di situ telah berlaku sejak beberapa tahun lalu namun perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mengatasi masalah itu tidak berjaya.
"Kami mengarahkan mereka keluar, namun mereka masih datang untuk mencari pendapatan. Bagaimanapun, sejak cerita mereka mencari bahan kitar semula di situ tersiar, mereka yang datang semakin berkurangan.
"Malah, tujuh keluarga yang membuat bangsal di situ juga telah dipastikan keluar. Bangsal itu dibuat untuk mereka berehat selepas mencari bahan kitar semula atau sementara menunggu kedatangan lori sampah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020
Operator yang menguruskan tapak ini telah diberi arahan supaya tidak membenarkan orang awam masuk dengan sewenang-wenangnya, dan membuat kawalan keselamatan 24 jam. - Astro AWANI
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin dikenakan PKPD
Ismail Sabri memaklumkan keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes COVID-19 di Bandar Muadzam Shah.
Larangan masuk tapak pelupusan sampah berkuat kuasa serta-merta
Tapak pelupusan sampah itu sememangnya kawasan larangan kepada orang awam dan hanya operator serta lori yang dilantik SWCorp sahaja dibenarkan masuk, namun berlaku kejadian tapak tersebut diceroboh.