Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk menarik balik lesen pengusaha hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung semasa bertugas, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata dasar melarang pekerja wanita Islam memakai tudung adalah bertentangan dengan perlembagaan negara dan hak asasi yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa.
"Jika benar ada aduan ini saya sarankan supaya PBT menarik balik lesen yang dikeluarkan dan hotel ini sepatutnya tidak boleh beroperasi kerana hak asasi sebagai orang Islam wanita wajib memakai tudung walaupun ia melibatkan hotel antarabangsa.
"Pihak perhotelan antarabangsa sepatutnya lebih rasional kerana hak kebebasan agama, berpakaian diperjuangkan di peringkat antarabangsa... takkan nak pakai tudung tak boleh," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Samuel Cheah Swee Hee mengenai dasar larangan bertudung di bahagian depan diamalkan rangkaian hotel antarabangsa menerusi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Terdahulu, Noh melawat dua anggota bomba yang cedera ketika memadam api di sebuah kilang memproses habuk kayu untuk membuat papan lapis di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi pada Sabtu lalu, Shazlan Mohd Hanafiah dan Mohd Azri Aziz cedera semasa mereka naik ke atas silo setinggi 3.7 meter untuk memasukkan air tetapi masih ada bara api dan belum sempat air dimasukkan, berlaku percikan hingga menyebabkan letupan.
Noh berkata Shazlan yang melecur 10 peratus kini semakin pulih dan boleh bercakap manakala Mohd Azri akan dibenarkan pulang ke rumah.
Beliau berkata insiden itu berlaku di luar jangkaan walaupun anggota bomba telah dilengkapi dengan peralatan keselamatan dan latihan semasa memadam api.
"Tahniah di atas keberanian mereka dan meletakkan tanggungjawab menyelamatkan mangsa lebih penting daripada diri mereka sendiri," katanya.
Noh kemudian melawat anggota bomba Mohamad Azizi Rosli di Hospital Changkat Melintang dekat Bota yang mengalami renjatan elektrik dalam operasi memadam api malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Noh melawat Shazlan (dua, kiri) dan Mohd Azri (kiri) yang cedera ketika memadam api di sebuah kilang di pusat perindustrian IGB dekat Tasek baru-baru ini, di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu. -fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
Dua anggota bomba sesak nafas padam kebakaran maahad tahfiz
Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran madrasah tahfiz di Jalan Dato Dol Said di Taboh Naning, pada Isnin.
Sembilan anggota bomba dikenakan tindakan tatatertib, termasuk kes khalwat
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk berkaitan tangkapan khalwat dan pemalsuan dokumen pada tahun lalu.