Lapan lagi lelaki Nigeria ditahan tengah malam tadi kerana disyaki terbabit dalam kes serangan terhadap anggota polis yang sedang bertugas di pangsapuri Flora Damansara dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata sehingga hari ini seramai 18 orang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang dianggap sebagai tindakan ganas dan tidak bertanggungjawab itu.
"Dalam kes ini amat nyata satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sekumpulan warga Afrika ini terhadap anak buah saya...siasatan bukan menyasarkan satu warganegara sahaja.
"Kejadian ini sama sekali tidak boleh diterima berlaku di negara ini dan kami tidak akan melayan perlakuan ganas seperti ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Autisme: Garis Panduan Polis Diraja Malaysia di Maktab Polis Diraja Malayasia (PDRM) di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, tiga anggota dan seorang pegawai dari Jabatan Siasatan jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya diserang ketika cuba menahan seorang lelaki Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes penipuan 'African scam' dan menyebabkan seorang anggota polis cedera di muka.
Kejadian pada pukul 11 malam itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu dan berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara atau cuba mengganggu anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.
"Terdapat kira-kira 50 orang warga Afrika telah bertindak menyerang empat anggota PDRM semasa mereka sedang menjalankan tugas...saya telah mengarahkan siasatan penuh dilakukan terhadap warga asing yang terlibat serta tindakan sewajarnya diambil segera di bawah peruntukan undang-undang.
"Saya ingin menegaskan bahawa semua warga asing yang datang ke negara ini mesti berkelakuan baik dan sentiasa mematuhi undang-undang negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara, mereka harus membuat laporan menggunakan saluran betul dan tidak sesekali mengambil tindakan sendiri.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Amat berkata permohonan perintah reman terhadap lapan lelaki Nigeria yang ditahan tengah malam tadi akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.
Polis juga akan meminta lanjutan tempoh reman terhadap 10 lelaki Nigeria yang ditahan pada malam kejadian, katanya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata kira-kira 30 warga PDRM ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
"Setiap minggu ada saja anggota ditahan kerana penyalahgunaan dadah terutama syabu...jika aktiviti ini tidak dibendung, tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti Colombia.
"Tindakan tegas telah diambil terhadap mereka kerana jika warga PDRM sendiri tidak 'bersih,' bagaimana kami mahu membanteras aktiviti ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
Abdul Hamid berkata, polis juga akan meminta lanjutan tempoh reman terhadap 10 lelaki Nigeria yang ditahan pada malam kejadian. - Gambar fail
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.