Hubungan Malaysia-Rusia terus diperkukuh hasil pertemuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Pertemuan yang berlangsung dalam selingan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 itu menyaksikan kedua-dua pemimpin berbincang pelbagai isu berkepentingan bersama.
Putin dalam ucapan aluannya berkata beliau berpuas hati dengan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur-Moscow.
Malah, beliau turut memaklumkan berkenaan peningkatan jumlah perdagangan kedua negara pada lapan bulan pertama tahun ini.
“Banyak lagi yang boleh kita lakukan,” katanya pada pertemuan yang dianjurkan beliau itu.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya turut berharap perdagangan dua hala kedua negara turut dapat dipertingkat.
“Perdagangan antara kita cukup baik, namun ia boleh ditambah baik.
“Kita telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan kami perlu belajar bagaimana untuk baiki dan mengekalkan pesawat itu,” katanya.
Beberapa isu lain dijangka mengambil tempat pada perjumpaan itu termasuk usaha Malaysia membawa keadilan kepada mangsa dan keluarga pesawat malang, Malaysia Airlines, MH17.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 13 2018
Pertemuan yang berlangsung dalam selingan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 itu menyaksikan kedua-dua pemimpin berbincang pelbagai isu berkepentingan bersama. - Foto Wisma Putra
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.