Kuala Lumpur dinamakan Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menerusi akaun twitter mereka hari ini.
Menurut kenyataan UNESCO dalam laman sesawangnya, ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan.
Menurut kenyataan itu, permohonan bandaraya Kuala Lumpur diterima oleh sebuah Jawatankuasa Penasihat, terdiri daripada wakil Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) dan UNESCO.
Bandar raya yang dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO akan berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.
Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 memenangi gelaran itu sejak 2001.
Pemenang sebelum ini termasuk Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019), dan Athens (2018).
Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa slogan "KL Baca - penjagaan menerusi pembacaan", akan memberi tumpuan kepada empat tema: pembacaan dalam semua bentuknya; pembangunan infrastruktur industri buku; kebolehcapaian digital dan inklusif; dan pemberdayaan kanak-kanak menerusi pembacaan.
"Antara acara dan aktiviti lain termasuk pembinaan sebuah bandar buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca bagi penumpang kereta api, meningkatkan perkhidmatan digital dan kebolehcapaian oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi golongan kurang upaya, dan perkhidmatan digital baharu bagi perpustakaan di 12 buah perpustakaan di kawasan perumahan miskin di Kuala Lumpur.
Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali sebagai River of Life dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di bandar raya berkenaan," menurut kenyatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
ibu negara Malaysia itu dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Kuala Lumpur dinamakan 'Ibu Kota Buku Dunia 2020' oleh UNESCO
Kuala Lumpur dinamakan Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).