KUALA LUMPUR berada di tangga ke 10 dalam senarai bandar masa depan rantau Asia-Pasifik tahun 2017/2018, menurut laporan fDi Intelligence daripada Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Kedudukan tersebut mengalami penurunan empat anak tangga dari kedudukan keenam pada tahun 2015/2016.

Kuala Lumpur masih kekal berada dalam kedudukan 10 tertinggi dalam senarai bandar masa depan rantau Asia-Pasifik tahun 2017/2018, iaitu berada dalam kedudukan nombor 10, menurut laporan fDi Intelligence.  Kedudukan tersebut mengalami penurunan empat anak tangga iaitu kedudukan nombor 6 pada tahun 2015/2016.  Senarai yang dikeluarkan oleh fDi Intelligence, sebahagian daripada Financial Times, menganalisis 163 lokasi dan dinilai mengikut lima kategori, iaitu potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; dan perhubungan.  Dalam analisis tersebut, Kuala Lumpur berada pada kedudukan kedua dalam kategori potensi ekonomi bandar populasi kecil dan berada pada kedudukan kelima dalam kategori perhubungan bandar populasi kecil, menjadikan Kuala Lumpur berada pada kedudukan teratas secara keseluruhan dalam kedudukan lima teratas bandar populasi kecil Asia-Pasifik untuk tahun 2017/2018.  Bandar Singapura kekal menguasai kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju.  Faktor keupayaan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan nombor yang tertinggi berbanding daripada bandar-bandar di sekitar rantau Asia-Pasifik turut menyumbang kedudukan bandar Singapura di tangga teratas.  Bandar Singapura juga turut mencatatkan pengangguran yang agak rendah iaitu sebanyak 2.1% dan mempunyai keluaran dalam negeri kasar (KDNK) per kapita yang lebih tinggi daripada USD 87,000 pada pariti kuasa beli.

Senarai yang dikeluarkan oleh fDi Intelligence, sebahagian daripada Financial Times, menganalisis 163 lokasi dan dinilai mengikut lima kategori, iaitu potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; serta perhubungan.

Singapura pula mengekalkan kedudukan teratas dua tahun berturut-turut sejak tahun 2015/2016 atas faktor industri perkhidmatan yang maju.

Faktor keupayaan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan nombor yang tertinggi berbanding daripada bandar-bandar di sekitar rantau Asia-Pasifik turut menyumbang kedudukan Singapura di tangga teratas.

Singapura juga mencatatkan pengangguran yang agak rendah iaitu sebanyak 2.1 peratus dan mempunyai Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) per kapita yang lebih tinggi daripada USD 87,000 pada pariti kuasa beli.