Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.

Menurut beliau, barangan yang dijual mempunyai jenama tetapi ia akan dipasarkan pada harga di bawah pasaran.

"Ini adalah konsep yang akan kami gunakan untuk KR1M 2.0," katanya pada sidang media selepas sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang melabuhkan tirainya hari ini.