Kementerian Pendidikan Tinggi akan menjalankan saringan ketat ke atas penuntut luar negara bagi memastikan mereka benar-benar layak diberikan visa sebelum ditempatkan di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).
Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses saringan tersebut.
Malah, menurutnya kerajaan turut membangunkan sistem saringan yang mampu mengesan cubaan menipu daripada warga asing untuk mendapatkan kelulusan visa penuntut.
"Kementerian sentiasa bekerjasama dengan PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memastikan hanya penuntut antarabangsa yang benar-benar layak dan mematuhi syarat sahaja yang boleh melanjutkan pengajian di IPT tempatan.
"Kementerian turut membangunkan sistem saringan yang dinamakan Student Application and Registration System dan Multinasional Academy Recomandation System sejak tahun 2013 bagi mengesan cubaan menipu daripada warga asing untuk mendapat kelulusan visa pelajar," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan supaya memberikan jumlah pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di IPT di seluruh negara serta langkah mengawal selia penglibatan penuntut warga asing dalam aktiviti selain pendidikan.
Jelasnya, sehingga 30 Jun lalu, sejumlah 137,406 penuntut luar negara sedang menuntut di IPT tempatan seluruh negara yang melibatkan 29,134 penuntut menuntut di universiti awam manakala 108,272 penuntut pula menuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Katanya, kementerian juga membuat beberapa tindakan lain bagi mengekang kegiatan jenayah dalam kalangan penuntut luar negara seperti melakukan pemantauan di IPTS bersama agensi penguat kuasa lain.
Selain pemantauan, pihaknya sentiasa bertemu dengan pihak pengurusan IPTS di seluruh negara untuk mengetahui perkembangan semasa penuntut luar negara, walaupun mereka tinggal di luar kampus.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Nov 02 2017
Kementerian Pengajian Tinggi akan menjalankan saringan ketat ke atas penuntut luar negara yang akan melanjutkan pengajian di negara ini.
AWANI Tonight: 18 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to draft MOU on allocations for opposition MPs
2. Volcano eruption: Thousands affected by flight cancellations
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPT pastikan penuntut luar negara 'tulen' sahaja di IPT tempatan
KPT akan menjalankan saringan ketat ke atas pelajar luar negara bagi memastikan mereka benar-benar layak diberikan visa pelajar sebelum ditempatkan di institusi pengajian tinggi tempatan (IPT).