DALAM suasana wabak selesema tidak nampak reda, ada sahaja pihak yang menggunakan komedi dan parodi sebagai usaha pengubat luka, penebat duka.
Bagi penggiat seni, komedi alternatif menyentuh isu kekecewaan, kemalangan, kematian dan kemurungan tidak terkecuali digunakan sebagai bahan untuk senda gurauan.
Di pentas hiburan dunia barat, persembahan begini disebut komedi hitam atau `dark/black comedy’ atau humor tali gantung (gallows humour).
Bagi sesiapa yang agak sensitif, mungkin tidak sesuai jika komedi seperti ini dipertontonkan tanpa amaran awal.
Tetapi bila wujud, wajar jika dibuat pengumuman pada awal persembahan agar mereka yang bertelinga nipis disarankan pejam mata, sumbat telinga buat seketika.
Warga maya di Malaysia tidak terkecuali dari hiburan sebegini. Awal minggu lalu aplikasi WhatsApp dibanjiri troll dan `meme’ yang menyentuh penggunaan nama virus korona.
Mungkin anda salah seorang yang bangun pagi dan terbeliak mata terus segar terjaga apabila menerima mesej bertajuk `kononnyavirus’.
Adakah anda termasuk golongan nakal yang menggunakan `kononnyavirus’ sebagai alasan untuk mendapatkan cuti sakit?
Di Amerika pula pelawak kelahiran Taiwan Jenny Yang memulakan gerakan `permainan nakal untuk warga Asia-Amerika’. Melalui laman vlognya, Yang menyaran agar sesiapa yang berani kalangan warga Asia-Amerika berpura pura terbatuk semasa berada di tempat awam dan melihat reaksi kalangan mereka yang berhampiran. “Reaksi – terutama dari mereka yang bersikap anti-Asia sudah tentu akan melucukan,” katanya.
Anda mata sepet? Cuba batuk di khalayak ramai dan lihat reaksi orang sekeliling anda – eksperimen yang dianjurkan pelawak Asia-Amerika Jenny Yang.
Sementara itu di Hong Kong, penghibur Kathy Mak menyanyi secara parodi lagu `Torn` yang dipopularkan oleh penyanyi Australia-Britain Natalie Imbruglia.
Lirik lagu asal berkisar kekecewaan akibat putus cinta diubah kepada kekecohan dan keperitan berpunca dari penularan wabak selsema cetusan COVID-19.
Lagu itu didendangkan Mak dalam persembahan amal kutip dana bantuan bantu usaha padam kebakaran hutan Australia. Video persembahan di kelab Social Room di Hong Kong pada awal Februari mendapat banyak 93 ribu tontonan sebaik sahaja dipaparkan di laman YouTube pada Ahad 9 Februari.
Lirik korus lagu asal diubah-suai kepada:
“There’s just so many things; That I can’t touch, I’m torn, How do I use the lift, How do I get the door, I hold on to my bags, Coz all the germs fall to the floor.
(Terlalu banyak benda, Tidak mampu dipegang, Aku keliru, Tak mampu naik lif, Apa cara nak buka pintu, sambil pegang beg, Kuman bertaburan di lantai.)
Tidak pula diketahui reaksi penyanyi lagu Torn atau pencipta lagu mahupun lirik lagu yang pernah popular pada satu ketika dahulu.
Sementara itu, kalangan peminat pemain tengah Tottenham Hotspurs Dele Alli, sudah tentu berasa lega Persatuan Bolasepak England (Football Association) tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
Alli telah memapar video dan imej Snapchat mengaitkan seorang berbangsa Asia di balai berlepas sebuah lapangan terbang dengan penularan virus korona. Kapsyen pada paparan itu dimaksud menunjuk Alli terlalu pantas untuk dikejar oleh kedua dua warga Asia dan virus korona.
Menyedari video itu berkemungkinan ditafsir secara negatif, Alli memadamnya dan memohon maaf kepada peminatnya di kalangan warga China.
Razak Chik
Sun Feb 16 2020
Walaupun peningkatan angka korban selsema jangkitan COVID-19 masih belum reda, komedi dan parodi muncul pengubat duka. - Gambar fail/Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.