Kuala Lumpur International Youth Discourse 2017 (KLIYD2017) yang akan diadakan pada 3 Disember ini menjadi platform terbuka belia bersama-sama dalam menyuarakan pendapat mengenai isu keselamatan negara.
Ahli Dewan Negara Senator Khairul Azwan Harun berkata, ia meliputi pelbagai perspektif sekali gus menjadi teras dan kepentingan kepada perpaduan negara untuk masa depan.
"Sasaran utama program ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu keselamatan dan bersama mencapai kata sepakat dalam merangka dasar untuk menjamin keselamatan negara pada masa depan.
"Ia juga sejajar dengan tema program pada tahun ini iaitu 'Embrasing Total Security: Why It Matters'. Isu-isu yang akan dibincangkan termasuk migrasi, ekstremisme, perubahan iklim, keselamatan makanan, tenaga dan air, hubungan antara kaum dan juga keselamatan siber," katanya semasa ditemui pada majlis pengenalan KLIYD2017 di sini hari ini.
BACA: Najib garis lima risiko dan cabaran baharu perlu dihadapi
TONTON: TN50 lengkap aspirasi rakyat
Majlis disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
KLIYD2017 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk rekod, tahun ini adalah tahun kedua program KLIYD dilaksanakan dengan sasaran peserta seramai 2,000 orang.
Dalam pada itu, Khairul Azwan yang juga Pengerusi KLIYD menjelaskan, majlis pengenalan itu merupakan langkah promosi yang bakal menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat serta negara untuk bersama menyumbang idea dalam usaha memastikan isu keselamatan sentiasa terjamin.
"Program ini bakal disertai Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
"Ia juga akan disertai jurucakap-jurucakap dari dalam dan luar negara," ujarnya.
Astro Awani
Wed Nov 08 2017
KHAIRUL AZWAN: Sasaran utama program ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu keselamatan dan bersama-mencapai kata sepakat dalam merangka dasar untuk menjamin keselamatan negara. - Gambar fail
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).