Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan punca sebenar kematian murid tahun satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7 tahun.

KKM dikatakan akan mengumumkan laporan itu dalam masa terdekat.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu ketika dihubungi media berkata KKM mengarahkan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kematian murid terbabit.

Katanya, semua maklumat dan laporan berkaitan sudah diserahkan kepada KKM petang Selasa.

Dr Aman turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai punca kematian Nur Dinie Damia.

Namun, difahamkan KKM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu di saluran yang boleh diakses orang ramai.

Nur Dinie Damia meninggal dunia pada Isnin kira-kira pukul 10.40 malam selepas mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sebelum ini, dilaporkan Nur Dinie terkena jangkitan influenza.

Namun selepas ujian pengesahan polymerase chain reaction (PCR) pada petang Isnin mendapati dirinya negatif influenza.