Kerajaan sedang berusaha mencari jalan untuk membantu seorang rakyat tempatan yang dijadualkan menjalani hukuman mati di Singapura Jumaat ini akibat kesalahan mengedar dadah.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) Datuk Liew Vui Keong sedang berusaha mencari jalan untuk membantu Pannir Selvam Pranthaman yang dijadualkan menjalani hukuman itu dalam masa tiga hari lagi.
"Tadi saya telah berbincang dengan Liew dan beliau sedang berusaha bagi pihak Putrajaya (Malaysia) untuk cuba menyakinkan kerajaan Singapura jikalau rakyat kita ini boleh dielakkan daripada hukuman mati," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Infaq Perdana Ramadan anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Penggerak Dasar Komuniti Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Muafakat Kampung Tengah, di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan keluarga Pannir hari ini yang memohon campur tangan kerajaan dalam menghentikan hukuman itu dengan alasan Pannir tidak diberikan peluang untuk mendapat pengampunan di bawah undang-undang republik itu.
Saifuddin berkata dalam kes-kes serupa sebelum ini, kerajaan juga telah mengamalkan pendekatan sama iaitu berusaha membantu mereka yang disabitkan kesalahan dengan memohon hukuman yang lebih ringan daripada Singapura.
Ini selaras dengan tindakan Malaysia meletakkan moratorium kepada hukuman mati mandatori.
"Biasanya memang Putrajaya berusaha untuk, kalau boleh (agar) mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh (mati) tetapi dikenakan hukuman yang lebih ringan, misalnya penjara seumur hidup," katanya.
Ditanya pula bagaimana Putrajaya boleh mengatasi isu notis pelaksanaan hukuman yang didakwa diberikan dalam tempoh singkat, Saifuddin berkata tidak banyak yang boleh dilakukan kerajaan Malaysia.
".. ini kerana ia merupakan cara bagaimana Singapura melaksanakan undang-undang mereka. Tidak banyak ruang untuk kita membuat aduan, tapi biasanya apa yang kita buat ialah kita cuba sebaik mungkin untuk membantu rakyat kita," katanya.
Hari ini, keluarga Pannir melalui kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty menjadikan kerajaan Malaysia sebagai harapan terakhir mereka untuk menyelamatkan Pannir.
Ini ekoran mereka sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Pannir, termasuk menghantar rayuan terakhir kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob.
Pannir, 32, disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura dengan kesalahan itu pada 27 Jun 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
Saifuddin (gambar) berkata, Liew sedang cuba untuk menyakinkan kerajaan Singapura jika Pannir boleh dielakkan daripada hukuman mati. - Gambar fail
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.