Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan penglibatannya dalam skandal rasuah hartanah di negeri berkenaan.

Mohamed Khaled juga menegaskan, pentadbirannya tidak menerima sebarang suapan dan tidak akan menerima suapan.

Malah tuduhan yang dibuat Ahli Dewan Undangan DAP Senai, Wong Shu Qi itu dianggap 'malafide' atau berniat jahat bagi mencalarkan nama baiknya secara peribadi serta barisan pentadbirna negeri.

''Saya ingin jelaskan bahasa saya sama sekali tidak tahu kewujudkan dokumen yang mempunyai kenyataan saksi tersebut.

''Saya juga tidak mempunyai cara untuk mengesahkan kebenaran dan ketulenannya. Hanya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sahaja yang layak untuk mengesahkannya,'' katanya ketika menggulung Persidangan Penggal Kelima DUN Johor ke-13 di sini, hari ini.

Shu Qi sebelum ini mendakwa terdapat satu laman sesawang telah memuat naik dokumen saksi SPRM yang mengaitkan Mohamed Khaled dengan perubahan status lot perumahan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

SPRM juga mengesahkan bahawa dokumen berkenaan adalah rahsia yang telah dibocorkan.

Ia juga telah dikeluarkan secara terpilih dan ditokok tambah sekali gus membuktikan kandungan yang tersebar adalah tidak benar dan terpesong dari kandungan asal.

Mohamed Khaled menejelaskan, pada tarikh-tarikh yang dirujuk dalam petikan dokumen itu, beliau berada di luar negara dan tempat-tempat lain atas pelbagai urusan.