Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengurangkan drama politik ketika rakyat dan negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, bagi menghentikan drama itu, Dr Mahathir disaran terus berehat dan tidak mendengar hasutan orang sekeliling yang hanya boleh merosakkan imej dirinya.
Nik Abduh yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkata, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, semua pihak terutama ahli politik tidak perlu terlalu obses dengan usaha untuk menukar kerajaan.
Katanya, apa yang membimbangkan ialah, situasi itu turut menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
"Politik ni panjang, ada masanya kita boleh redakan dan sampai masanya kita bolehlah panaskan balik.
"Jadi pada pandangan saya, tindakan Tun Dr Mahathir ini sebagai mana saya sebut sebelum ini, sebelum dan selepas pilihan raya, saya masih lagi melihat bahawa kesilapan besar yang berlaku dalam politik negara kita ialah ahli politik terlalu mengharapkan Tun Dr Mahathir supaya memimpin kembali negara.
"Saya yakin bahawa sebagai orang yang telah berpengalaman, peranan Tun Dr Mahathir adalah menasihat. Itu orang tua, orang lama dia bukan ditugaskan untuk memimpin. Orang tua tugasnya menjadi penasihat," kata Nik Abduh.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Kesedar, di sini pada Ahad.
Sebelum itu, beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Kesedar telah mengadakan perjumpaan dengan pengurusan tertinggi agensi kerajaan pusat itu.
Muhafandi Muhamad
Sun May 31 2020
Kata Nik Abduh, sebagai orang tua yang berpengalaman dalam politik, tugas Dr Mahathir yang sewajarnya ialah menasihat orang baharu. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'
KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sekatan jalan raya: Tindakan terhadap ketua polis negeri jika anggota tidak tangkas - KPN
SJR penting dalam memastikan pasukan itu dapat mengawal aktiviti rentas sempadan, justeru tidak boleh dipandang mudah.
Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.
Raja Arab Saudi tiba di Neom untuk berehat dan pemulihan
Raja Salman diizinkan keluar dari hospital pada 30 Julai selepas menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu.
"Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Tun M" - Nik Abduh
Nik Abduh saran Dr Mahathir kurangkan berpolitik, berehat dan berhenti daripada dengar hasutan orang sekeliling.
Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.
PRK Rantau: Pengundi perlu 'rehatkan' Tok Mat - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini bagi membolehkan Mohamad memberi fokus beliau untuk memulihkan UMNO.
Berkerusi roda.. Mamat Khalid akui terpaksa berehat seketika
Jelasnya, sejak sebulan lalu dia mengalami masalah kencing tidak lawas yang menyebabkannya terpaksa berehat seketika.