Polis akan bekerjasama dengan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian tembak ke atas bot penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di perairan Semporna, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Sabarudin Rahmat berkata kerjasama itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan suspek yang terlibat dalam kejadian pada jam 3.40 petang itu.

"Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana tembakan itu boleh menyebabkan kemalangan jiwa kepada pasukan Kastam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BACA: Detik cemas bot milik Kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna

BACA: Bot milik kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna

Dalam kejadian pada Jumaat, bot penguat kuasa JKDM yang sedang menjalankan rondaan operasi di perairan itu ditembak oleh sekumpulan penyeludup yang menaiki bot laju.

Kumpulan penyeludup berkenaan kemudian meloloskan diri dengan memasuki perairan Filipina.

-- BERNAMA