Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak melihat bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani minit Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 23 April 2012 yang meluluskan pindaan ‘memorandum of association’ (memorandum persatuan) syarikat berkenaan.
Pindaan dibuat ke atas Perkara 117 memorandum persatuan syarikat SRC International membolehkan pelantikan Najib sebagai Penasihat Emeritus syarikat tersebut.
Terdahulu, saksi ke-39 tersebut memberitahu mahkamah bahawa pindaan tersebut memerlukan Lembaga Pengarah SRC International memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan bertindak di bawah nasihat Najib selaku Penasihat Emeritus kepada syarikat tersebut.
Ismee apabila disoal balas oleh peguam pembelaan, Harvinderjit Singh mengesahkan bahawa beliau tidak tahu minit pertemuan tersebut.
Hal ini kerana beliau bergantung sepenuhnya kepada kenyataan Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dalam mesyuarat bersama-sama Lembaga Pengarah pada 8 Jun 2012.
“Anda kata minit mesyuarat tersebut ditandatangani Najib. Bagaimanapun, anda tidak boleh mengesahkan sama ada beliau menandatanganinya di depan anda.
“Anda hanya tahu mengenainya melalui Nik Faisal.
“Anda tidak tahu secara terperinci bagaimana minit tersebut berlaku?” soal Harvinderjit.
Untuk rekod, memorandum persatuan menjelaskan beberapa perkara yang merangkumi nama syarikat, lokasi pejabat berdaftar, kuasa dan liabiliti syarikat serta modal yang dibenarkan.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Isabelle Leong
Tue Jun 11 2019
Ismee apabila disoal balas oleh peguam pembelaan, Harvinderjit Singh mengesahkan bahawa beliau tidak tahu minit pertemuan tersebut. - Gambar fail
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Najib tidak beri kelulusan berkaitan 'nota janji hutang' lebih AS$2.3 bilion - Saksi
Ismee bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa adalah tidak masuk akal bagi pengurusan 1MDB menerima nota janji hutang tanpa cagaran.
Perbicaraan SRC: Letak jawatan atau digugurkan jika enggan patuh nasihat Najib - Saksi ke-39
Pendedahan itu dibuat oleh saksi ke-39 iaitu bekas pengerusi syarikat kewangan berkenaan, Tan Sri Ismee Ismail di mahkamah hari ini.
Kes SRC: Saya tak lihat Najib tandatangan minit mesyuarat - Saksi ke-39
Pindaan itu memerlukan Lembaga Pengarah SRC International memberikan pertimbangan sewajarnya dan bertindak di bawah nasihat Najib selaku Penasihat Emeritus.
Dakwa Arul Kanda berbohong, Ahli Parlimen Kepong buat laporan polis
Arul Kanda dikatakan telah memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu tidak bankrap dan mampu membayar hutang melalui pelan rasionalisasi.
Dilarang memiliki hartanah di Mekah dan Madinah
Dasar kerajaan Arab Saudi yang melarang rakyat dan organisasi asing memiliki bangunan serta hartanah menghalang Tabung Haji daripada membelinya di Mekah dan Madinah.
Bakal jemaah Haji wajib periksa untuk virus Korona
Semua bakal jemaah Haji malaysia akan diwajibkan melalui proses pemeriksaan kesihatan bagi mengelak penularan Sindrom Pernafasan Asia Barat - Virus Korona, MERS-Cov.