Terdapat pertambahan satu kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes diklasifikasikan sebagai kes import luar negara dan melibatkan individu berstatus pelajar di Dar Al-Mustafa, Yaman, Mesir.

Berikut merupakan lima tumpuan penting dalam kenyataan JPBNS pada Jumaat:

1) Satu kes import positif COVID-19 baharu melibatkan seorang pelajar dilaporkan di Sarawak hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 679 kes setakat ini.

2) Mangsa yang didapati positif tersebut dilaporkan tiba dari Cairo, Mesir melalui Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak pada hari seterusnya.

3) Keputusan ujian rT-PCR oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh mendapati mangsa positif virus tersebut. Mangsa dimasukkan ke wad pada 6 Ogos 2020. Pengesanan kontak dan siasatan masih dijalankan.

4) JPBNS turut memaklumkan pertambahan 7 kes PUI baharu. Manakala, 34 individu masih menerima rawatan di wad isolasi hospital. Manakala, 10 Kluster dilaporkan masih aktif di Sarawak. Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, Kluster Jeti Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.

5) 5 kes dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak pada Jumaat.