Polis hari ini mendedahkan Rakaman Litar Tertutup (CCTV) kejadian penculikan kanak-kanak warga Britain Freddie Joseph yang berlaku di hadapan rumahnya di Bangsar 8 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, rakaman itu diambil dari CCTV rumah jiran mangsa.

Jelasnya, dua individu yang ditahan iaitu bekas pembantu rumah dan teman lelakinya dibebaskan semalam kerana tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Polis akan menyiasat segenap aspek bagi mengenal pasti motif kejadian.

Dua suspek yang terlibat masih diburu.

Joseph, setahun lapan bulan, diculik seorang lelaki dan wanita di rumahnya di Bangsar, ketika ibunya masuk ke dalam rumah selepas memberi anaknya itu makan di halaman rumah mereka.

Kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam di Taman Tasik Titiwangsa, 18 jam selepas diculik.