Peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang yang kini diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipercayai ada kaitan dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada penduduk kampung itu yang menghadiri program tersebut dan tidak mengasingkan diri (kuarantin) selepas pulang dari perhimpunan berkenaan.
"Mungkin ada juga yang menghadiri kenduri di kawasan mereka kerana tidak sedar bahawa diri mereka dijangkiti wabak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada peningkatan kes COVID-19 di kawasan itu berpunca daripada penganjuran majlis kenduri kahwin dan tahlil baru-baru ini.
Ia berikutan dakwaan penduduk Kampung Dato' Ibrahim Masjid yang menyebut bahawa penularan wabak itu bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil yang diadakan pada 15 Mac lalu.
Sementara itu, Ayob Khan berkata, pihak berkuasa telah mengadakan sekatan jalan raya di lima laluan utama dan 11 laluan 'tikus' yang menjadi akses keluar masuk ke dua kawasan berkenaan.
Sekatan dilakukan sejumlah 181 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
"Sebelum PKPD dikuatkuasakan, seramai 80 pegawai dan anggota ditugaskan di kawasan berkenaan, namun bermula hari ini, jumlah itu ditambah menjadi 181 pegawai dan anggota.
"Begitu juga sekatan jalan raya, sebelum ini hanya lima sekatan dibuat, pagi ini ditambah menjadi tujuh selain 11 laluan tikus di ladang-ladang berhampiran dikawal," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya pagi tadi, penduduk kedua-dua kawasan juga didapati mematuhi arahan PKPD yang dilaksanakan.
Semalam, kerajaan memutuskan PKPD dilaksanakan di kedua-dua lokasi berikutan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi di kawasan terbabit iaitu sebanyak 61 kes.
PKPD ini melibatkan seramai 3,570 penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020
Polis, kata Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak menolak kemungkinan ada penduduk kampung itu yang menghadiri program tersebut dan tidak mengasingkan diri. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.