Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24,063 kes bagi tahun 2017 dan 2018.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, lebih 20 peratus daripada jumlah itu merupakan pasangan muda yang baru berkahwin.
"Mahkamah Syariah Negeri Selangor merekodkan pasangan yang bercerai ini bukan sahaja terdiri daripada pasangan yang berusia malahan juga pasangan muda yang kurang dari tempoh lima tahun berkahwin.
"Keadaan ini sudah tentu tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan negeri kerana jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh mengganggu agenda kemajuan Selangor yang telah disusun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Kesedaran Undang-undang Syariah dan Pelancaran Dana Bantuan Nafkah di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.
Amirudin berkata faktor kewangan dan tiada persefahaman antara pasangan menjadi antara punca utama masalah penceraian di negeri itu.
"Atas sebab itu, menerusi Belanjawan Selangor 2019, kita manfaatkan Insentif Perkahwinan Belia dalam bentuk lebih praktikal iaitu dengan melaksanakan kursus perkahwinan yang lebih komprehensif dan merangkumi pelbagai isu termasuk pengurusan kewangan dan emosi, " katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga telah meluluskan Dana Bantuan Nafkah berjumlah RM100,000 bertujuan membantu ibu tunggal dalam menyara anak-anak.
Katanya, dana itu akan diagihkan kepada mereka yang layak dan yang telah memfailkan kes tuntutan nafkah terhadap bekas suami.
"Bagi wanita dan anak-anak yang telah memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah, tetapi pihak bapa atau suami ingkar atau cuai bayar nafkah, bantuan ini akan disalurkan sekiranya mereka layak dan dalam kategori miskin.
"... dan bantuan nafkah ini akan dibayar dalam tempoh enam bulan mengikut jumlah anak iaitu seorang anak akan diberi RM200 sebulan, dua ke tiga anak RM300, empat ke lima anak RM400 dan enam orang anak ke atas RM500," katanya.
Amirudin turut menyeru badan korporat, syarikat swasta dan individu supaya turut sama-sama membantu kerajaan negeri dengan memberikan sumbangan mereka bagi membela wanita dan anak yang terabai di negeri ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
Menurut Amirudin, lebih 20 peratus yang bercerai merupakan pasangan muda yang baru berkahwin. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.
PBT Selangor disaran laksana program kumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan
Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta melaksanakan program mengumpul lebihan makanan tidak terjual di bazar Ramadan di kawasan masing-masing.
Kerajaan Selangor rangka strategi giatkan pendaftaran PADU, pastikan tiada keciciran - Amirudin
Kerajaan Selangor akan merangka strategi ke arah mempergiatkan usaha meningkatkan bilangan penduduk negeri itu berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).