Pendakwaan kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, pada Khamis diperintahkan supaya mengemukakan salinan rakaman percakapan saksi kepada peguambela yang mewakili tertuduh warga Indonesia.
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang membenarkan rayuan oleh pihak pembelaan mewakili Siti Aisyah, 26, untuk meminta pendakwaan mengemukakan salinan rakaman percakapan saksi kepada mereka.
Semasa ditanya Hakim Umi Kalthum bila pendakwaaan akan mengemukakan salinan berkenaan kepada pihak pembelaan, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Ahmad menjawab mereka akan berbuat demikian dalam dua minggu.
Beliau bagaimanapun memohon penangguhan perintah berkenaan sementara menunggu rayuan pendakwaan terhadap perintah itu di Mahkamah Persekutuan.
“Pemohonan penangguhan perintah dibenarkan sementara menunggu kebenaran dan/atau rayuan ke Mahkamah Persekutuan,” kata Hakim Umi Kalthum yang bersidang bersama Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Dusuki juga memohon prosiding di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 28 Jan ini ditangguhkan sehingga rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan selesai. Bagaimanapun Umi Kalthum mengarahkan pendakwaan membuat permohonan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.
Terdahulu Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pihak pembelaan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Dis, 2018 yang menolak permohonan pembelaan yang meminta pendakwaan menyerahkan salinan rakaman percakapan saksi kepada mereka mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, yang dibuat tujuh saksi pendakwaan kepada polis.
Pihak pembelaan memfailkan permohonan berkenaan pada 7 Nov, 2018.
Tujuh saksi tersebut ialah Ahmad Fuad Ramli, Lim Cheng Gam, Tomie Yoshio, Ng Wai Hoong, Dessy Meyrisinta, Raisa Rinda Salma dan Kamaruddin Masiod.
Peguambela Siti Aishah, Gooi Soon Seng sebelum itu dalam hujahannya berkata pembelaan tidak sepatutnya dipinggirkan daripada mendapatkan rakaman percakapan saksi memandangkan ia merupakan dokumen awam.
“Pihak pendakwaan perlu mengemukakan rakaman percakapan saksi kepada pembelaan bagi memastikan anak guamnya mendapat perbicaraan yang adil,” katanya.
Dalam hujah balasnya, Dusuki berkata rakaman percakapan itu merupakan dokumen hak istimewa pendakwaan dan bimbang akan berlaku gangguan saksi serta bukti jika dikemukakan kepada pembelaan.
“Sebagai contoh, maklumat yang boleh mewujudkan impak terhadap keselamatan negara dan kepentingan keadilan. Maklumat ini boleh digunakan oleh pembelaan untuk merosakkan nama baik pentadbiran keadilan dan polis," katanya dan menambah bahawa adalah menjadi pendirian pendakwaan untuk tidak memberikan kenyataan saksi kepada pembelaan kerana ia adalah soal dasar awam.
Hakim Harmindar berkata adalah juga menjadi dasar bagi pembelaan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan memberitahu bahawa ketika beliau menjadi hakim yang mendengar perbicaraan, beliau akan mengarahkan pendakwaan membekalkan rakaman percakapan saksi kepada pembelaan setelah kes pendakwaan selesai.
Pada 16 Ogos 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Siti Aisyah, dan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.
Kedua-dua mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi, 13 Feb 2017.
Bagaimanapun, pembelaan mereka belum bermula kerana menunggu permohonan pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi daripada pendakwaan.
Kedua-dua mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb 2017.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Ahmad juga memohon prosiding di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 28 Jan ini ditangguhkan sehingga rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan selesai. - Gambar hiasan
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.