Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) kini dalam usaha melakukan penambahbaikan bagi memudahkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.
Mengambil contoh proses demokrasi di Australia, Ketua Eksekutif ERC, Amerul Muner Mohammad berkata antara penambahbaikan yang wajar dilakukan termasuk menyediakan pusat mengundi di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain.
"Di Malaysia, kita kena mohon sebagai pengundi tidak hadir (PTH) dan sebagainya. Di Australia, ini tidak perlu. Kalau rakyat Australia sedang bercuti di Kuala Lumpur, dia (pengundi) boleh datang ke pusat mengundi dan terus mengundi.
"Kemudahan-kemudahan seperti ini yang kita (ERC) cuba terapkan ke dalam sistem pilihan raya kita.
"Apa yang cuba kita lakukan adalah, siapa yang boleh dan layak mengundi, mereka patut diberi kemudahan untuk mengundi kerana itu menjadi teras kepada penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia yang kita sedang cuba lakukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menjadi antara pemerhati proses pengundian warga Australia di Bangunan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur yang menjadi pusat pengundian di Malaysia.
Ia merupakan antara 90 pusat pengundian di luar Australia yang memberi kemudahan pengundian kepada sesiapa sahaja warganegaranya untuk mengundi.
Tambah Amerul, persiapan dari segi kemudahan, barangan dan logistik tidak menjadi satu permasalahan untuk inisiatif sebegitu dilaksanakan oleh Malaysia.
"Bagaimanapun, saya kena tegaskan di sini bahawa sistem dan undang-undang yang kita ada sekarang ini tidak membolehkan kita berbuat demikian.
"Ada lagi perkara-perkara yang kita kena betulkan dari segi sistem dan undang-undang kita. Perlu ada pindaan dari segi undang-undang.
"Jadi sebab itu, ERC mengkaji keseluruhan undang -undang bagi membolehkan perkara ini dilakukan dengan lebih mantap," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpandangan perkara itu tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa sebaliknya pihaknya akan mengemukakan hasil kajian dan cadangan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun.
Harits Asyraf Hasnan
Sat May 18 2019
Amerul Muner berkata antara penambahbaikan yang wajar dilakukan termasuk menyediakan pusat mengundi di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain. -Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Kertas undi pos tak sampai? Malaysia pertimbang cara Australia
Ketua Eksekutif ERC, Amerul Muner Mohammad berkata antara penambahbaikan yang wajar dilakukan termasuk menyediakan pusat mengundi di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain.