Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan di laluan ke Grand Ion D'Elemen, Gloria Residents dan Amber Court berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah.
Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau setiap kerja-kerja pembersihan.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani buat masa ini keadaan masih terkawal.
“Bagaimanapun arus air dan tanah di kawasan sekitar masih menunjukkan berlaku pergerakan.
“Ketika ini kami memantau kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor hotel Ion D’Elemen dan akan memastikan jalan yang dibuat itu adalah untuk pejalan kaki.
“Kami juga tidak akan benarkan sebarang kenderaan melalui jalan tersebut. Ini kerana masih terdapat risiko di mana ada pergerakan kecil yang kita lihat dan ia membahayakan,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
BACA: Laluan ke Amber Court Genting Highlands terhalang akibat tanah runtuh
Jelasnya lagi, kerja-kerja pembersihan akan dihentikan jika terdapat pergerakan yang serius dan boleh mengancam nyawa pasukan penyelamat
Pihak bomba juga menganggarkan lebih 200 penghuni di tiga premis berkenaan masih berada dalam bangunan tersebut dan gagal untuk ke luar dari kawasan premis berkenaan.
Sementara itu, menurut Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hasin, kesemua mereka yang telah melakukan daftar keluar tengah hari Selasa dijangka akan dapat menggunakan laluan lewat malam ini.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan laluan ke kawasan pelancongan Genting Highlands tidak terjejas.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil siasatan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Nov 05 2019
Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan tanah runtuh berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah. Foto: Astro AWANI/ Raja Hisyam Raja Zaid
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Dua warga asing ditahan ketuai mogok di Genting Highlands
Dua orang warga asing dipercayai ketua disoal siasat kerana melancarkan mogok di Amber Court, Genting Highlands, 2 Januari lalu.
PKPD di Amber Court, PPA Muar tamat esok
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti itu semakin terkawal.
Terdapat risiko berlaku tanah runtuh susulan di Genting Highlands
Terdapat risiko berlakunya tanah runtuh sekali lagi di beberapa kawasan di Genting Highlands terutamanya di kawasan berlakunya tanah runtuh pada Selasa.
Kerja pembersihan tanah runtuh Genting Highlands berdepan risiko
Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan tanah runtuh berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah.