Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar hari ini mengesyorkan agar projek kereta nasional ketiga menerokai kenderaan jimat tenaga sebagai pelaburan terasnya.
Beliau berkata bahan bakar fosil mungkin boleh bertahan 25 tahun lagi atau kurang daripada tempoh itu dan dengan itu wujud keperluan untuk melakukan perubahan segera dalam usaha untuk beralih kepada penggunaan tenaga yang lebih lestari.
Pengeluar kenderaan seperti BMW, Mercedes, Porsche dan Nissan semuanya telah mengeluarkan kereta bandwagon elektrik dalam usaha untuk menerokai pemasaran dan pengkomersialan sebagai pilihan untuk jangka panjang, katanya dalam kenyataan.
"Untuk masa depan, pastinya, pilihannya ialah kenderaan elektrik (EV). Evolusi daripada kenderaan menggunakan bahan bakar fosil kepada EV telahpun bermula. Pada ketika ini, semasa dunia terus menonton perlumbaan F1, perlumbaan Formula E-racing semakin mendapat tempat di hati peminat.
"Bagi saya ini cara berdaya maju "untuk masa depan'. Oleh itu, saya pasti manfaat mempunyai kereta nasional ketiga jelas akan mengatasi sebarang kekurangannya," kata naib presiden PKR itu.
Sekiranya EV dikeluarkan secara besar-besaran di sini pada masa depan, Dr Xavier Jayakumar berkata lebih ramai orang akan mempunyai pilihan untuk beralih kepada kenderaan lebih mesra alam sekitar pada harga lebih mampu milik.
"Pembelajaran teknologi baharu akan mendorong generasi muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang itu dan Malaysia boleh menjadi peneraju dalam segmen automobil itu bukan sahaja di rantau ini tetapi juga peringkat global.
"Industri kereta EV secara relatifnya adalah bidang baharu dengan Elon Musk's Tesla menerajuinya pada ketika ini. Peluang untuk menarik golongan belia kita menceburinya dan mengembangkannya adalah tiada hadnya. Biar kerajaan menerajui idea ini," katanya.
Dr Xavier Jayakumar berkata sejak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir, beliau telah menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga dalam usaha untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi.
Bagaimanapun, katanya hasrat Dr Mahathir itu telah dikritik berikutan prestasi keseluruhan Proton, kereta nasional pertama yang diilhamkannya.
Dr Xavier Jayakumar berkata baru-baru ini dilaporkan bahawa dua syarikat China bersedia melabur sehingga US$10 billion (RM41 bilion) untuk memulakan projek itu bagi lima tahun pertama.
Selain itu, cadangan Dr Mahathir itu turut menarik minat beberapa pengeluar kereta Jepun seperti Toyota dan Nissan, katanya.
"Pada pendapat saya, sekiranya urusan itu berjaya, ia akan memanfaatkan negara dan rakyatnya untuk jangka panjang," katanya.
Pada Isnin, Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata projek kereta nasional ketiga yang dicadangkan Dr Mahathir sebenarnya bukan mengenai mewujudkan kereta nasional, tetapi untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang betul untuk menghadapi masa depan.
BACA: MoF perlukan paling banyak penambahbaikan dalam tadbir urus - Daim
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018
Xavier Jayakumar mengesyorkan agar projek kereta nasional ketiga menerokai kenderaan jimat tenaga sebagai pelaburan terasnya. -Gambar fail
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.
PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan
Dr Mahathir mengakui GTA kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi pada PRU15 kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.
GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong
GTA akan menyatakan pendiriannya mengenai cadangan tarikh pembubaran Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan yang baik - Dr Mahathir
Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.