Malaysia perlu menetapkan syarat dalam memastikan bekas pengawal kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Sirul Azhar Umar dibawa pulang ke tanah air.

Demikian jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan kerajaan Australia untuk mengusir bekas pengawal peribadi itu minggu ini, susulan keputusan Mahkamah Sydney yang menolak rayuannya mendapatkan suaka politik.

“Australia bertentangan dengan hukuman mati supaya ekstradisi kita perlu memberi syarat. Tetapi tidak bermaksud saya tetapkan. Tetapi tarikh tepat saya tidak tahu saya tidak terlibat dengan rundingan itu. “

“Ketika ini kerajaan telah mengantung sementara tindakan hukuman mati. Seribu pesalah ketika ini masih menunggu untuk menerima hukuman (gantung),” kata Dr Mahathir.

Sirul dijatuhi hukuman mati pada tahun 2015 selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Namun, Australia dijangka menangguhkan proses deportasinya sehingga selepas Malaysia menghapuskan hukuman mati.