Kerajaan akan memastikan program pembangunan Wilayah Persekutuan dilaksanakan secara menyeluruh untuk kesejahteraan warganya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor.
Beliau berkata selain pembangunan fizikal dan projek menaik taraf infrastruktur untuk keselesaan rakyat, kementerian itu juga memfokus kepada pembangunan rohani warga kota.
Katanya pelbagai usaha dilaksanakan seperti penubuhan Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram bagi menangani masalah seperti aktiviti haram, kebersihan, lalu lintas, perumahan awam dan program keceriaan.
"Pasukan Petugas ini menggembleng tenaga kerja daripada pelbagai agensi kerajaan, wakil masyarakat dan NGO.
"Selain itu pendekatan melalui pendidikan, kesedaran moral dan penghayatan berteraskan agama khususnya untuk generasi muda dilaksana termasuklah penguatkuasaan dipertingkat di semua peringkat," katanya.
Beliau berucap pada majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2015 di Istana Negara di sini, hari ini.
Tengku Adnan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan memastikan semua projek pembangunan khususnya yang berkepentingan rakyat akan berjalan lancar.
Ini termasuk NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley membabitkan River of Life, Pedestrian Walkway, Heritage Trails, Greener Kuala Lumpur, MyRapid Transit, Sewerage Non-River, Greener KL, dan Solid Waste Management.
"Ia adalah satu daripada pemacu pertumbuhan ekonomi dalam mendukung kemajuan negara akan datang," katanya.
Beliau berkata berikutan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, kementerian itu juga akan mengambil langkah berjimat, termasuk berbelanja secara berhemah, selain semua acara dan program akan diadakan secara sederhana.
Bernama
Sun Feb 01 2015
TENGKU ADNAN: Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan semua projek pembangunan khususnya yang berkepentingan rakyat akan berjalan lancar. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki
SPRM tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri yang diterima daripada NGO.
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh PM di Melaka esok
Bacaan Deklarasi Kemerdekaan dan laungan 'merdeka' oleh Anwar di Dataran Memorial Kemerdekaan, Banda Hilir malam esok.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Mapim, NGO dari 50 negara kerjasama bantu bina semula Palestin
Sehingga kini, Mapim sudah berbincang dengan NGO dari 26 negara bagi tujuan itu.
NGO perlu terus aktif pupuk perpaduan, pelihara kebajikan komuniti - Ramanan
NGO perlu terus memainkan peranan secara aktif untuk bersama-sama memupuk perpaduan dan memelihara kebajikan dalam kalangan komuniti.
Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman
Polis mengesan ada segelintir NGO yang mengambil peluang daripada masalah yang dihadapi mangsa penipuan bagi mengaut keuntungan.
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
ABIM bersama 58 NGO serah memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri.
Laman sesawang parlimentambun.my mudahkan rakyat mohon bantuan
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun memperkenalkan portal parlimentambun.my selaras usaha mempertingkatkan perkhidmatan membantu rakyat Tambun dan melancarkan proses penyampaian bantuan.