Kerajaan akan memastikan penyeragaman maklumat lebih tersusun dalam penyaluran bantuan kepada golongan miskin agar tidak berlaku pertindihan bantuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lima kumpulan utama iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga syarikat korporat perlu memainkan peranan bagi memastikan penyelarasan maklumat penerima bantuan.
Katanya, penyeragaman maklumat penting kerana kesemua lima kumpulan yang menyalurkan bantuan memainkan peranan amat besar dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan.
"Umpamanya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengutip zakat lebih RM900 juta setahun dan separuh daripada kutipan itu adalah untuk digunakan membantu asnaf secara langsung.
"Malah, penyeragaman maklumat juga perlu untuk memudahkan NGO dan syarikat korporat yang mempunyai beberapa program membasmi kemiskinan kepada golongan asnaf terpilih agar mereka tidak tercicir," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Dapatan Kajian Pendapatan Garis Kemiskinan Wilayah Pantai Timur di sini, pada Sabtu.
Seminar anjuran Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Jabatan Perangkaan itu membabitkan 100 peserta dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, NGO dan institut pengajian tinggi.
Mustapa berkata pihaknya turut mengakui sebelum ini ada berlaku ketidakseragaman maklumat penerima bantuan berdasarkan maklumat dan juga aduan yang diterima.
Katanya, setakat ini kerajaan bergantung kepada angka penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Mengulas lanjut, Mustapa berkata isu kemiskinan adalah perkara yang akan ditangani sebaik mungkin dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), malah pelbagai pihak telah memberi pelbagai pandangan untuk mengatasinya.
"Semua bangsa mengalami 'insiden' kemiskinan, termasuk kemiskinan bandar dan luar bandar. Dalam konteks Kelantan, ia adalah kedua tertinggi dengan bilangan isi rumah kira-kira 40,000 tergolong dalam golongan miskin dan sudah pasti perlu diberi perhatian lebih.
"Maka, RMK12 kita perlu merangka kaedah yang lebih berkesan untuk menangani masalah kemiskinan ini termasuk kemiskinan bandar yang juga melibatkan beberapa negeri di pantai timur, Sabah dan Sarawak selain beberapa kelompok masyarakat termasuk golongan Orang Asli," katanya.
-- BERNAMA\
Bernama
Sat Sep 12 2020
Mustapa (dua, kanan) ketika hadir merasmikan Majlis Seminar Dapatan Kajian Pendapatan Garis Kemiskinan di Wilayah ECER, Kota Bharu, 12 Sept, 2020. -- fotoBERNAMA
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040
Setiap bandar perlu mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia juga.
Kerajaan akan pastikan mekanisme pemberian subsidi petrol sesuai dan mudah di bandar, luar bandar - Tengku Zafrul
Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar.
Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis catat skor tinggi bandar Bahagia
Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh PLANMalaysia sebagai negeri 'Bahagia'.
Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.
Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.
15 PBT dijangka capai status neutral karbon menjelang 2050
Pelan induk tersebut memperkenalkan pendekatan 3M iaitu measurement (pengukuran), management (pengurusan) dan mitigation (pengurangan) khusus bagi pentadbir dan perancang bandar.
Naik taraf gelandangan melalui program pertanian bandar - Annuar Musa
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan ladang berkonsepkan urban farming (pertanian bandar) bagi meningkatkan taraf hidup gelandangan di bandar.