Kerajaan harus mempercepatkan pelaksanaan ‘travel bubble’ melibatkan negara zon hijau bagi membantu merancakkan semula ekonomi negara.
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong berkata, memandangkan perbelanjaan melibatkan warga tempatan masih kurang, negara memerlukan pedagang dan pelancong dari luar negara untuk berbelanja di Malaysia.
Jelasnya, tanpa membuka pasaran kepada orang luar, agak sukar untuk negara membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang dilihat mampu merancakkan sektor ekonomi Malaysia.
“Bila orang kata melabur di negara ini, mereka nak masuk, nak tengok tanah di sini, nak jumpa rakan kongsi. Walaupun boleh buat secara atas talian, tapi masih ada yang perlu lakukan pendekatan secara bersemuka.
“Bukan semua perniagaan boleh dilakukan secara tidak bersemuka. Saya sarankan kerajaan supaya buka secepat mungkin ‘travel bubble’ antara negara Thailand, Singapura dan Hong Kong,” katanya dalam temu bual Skype bersama Astro AWANI pada Rabu.
BACA: ASEAN perlu rangka pelan padu tingkat pelaburan, wujud peluang pekerjaan - Muhyiddin
BACA: Malaysia digesa timbang 'travel bubble' bagi perjalanan perniagaan antarabangsa
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata kerajaan-kerajaan ASEAN perlu merangka satu pelan yang padu bagi melaksanakan dengan segera langkah-langkah atau 'travel bubbles' antara negara-negara yang 'hijau' (jangkitan rendah).
Menurut Muhyiddin, ia bagi meningkatkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Tambah beliau, kemungkinan dalam masa terdekat, rantau ini juga boleh membuka sempadan bagi pelancongan antara-ASEAN untuk merancakkan dan menyediakan rangsangan kewangan yang amat diperlukan oleh ekonomi.
BACA: Travel bubble: Pertimbang negara dengan kes jangkitan rendah - Dr Mohd Yusof
Dalam pada itu, Chris Danial Wong berkata, rakyat Malaysia kurang berbelanja pada waktu sekarang kerana masih was-was dan mereka lebih gemar untuk menyimpan wang dan hanya berbelanja untuk barang keperluan.
“Jadi kita lihat masyarakat kita sekarang lebih gemar menabung dan tidak berbelanja. Jadi untuk tingkatkan pengguna berbelanja dalam pasaran, pendekatan secara atas talian yang diumumkan kerajaan boleh dipercepatkan.
“Rata-ratanya mereka selesa duduk di rumah dan gunakan komputer riba dan telefon bimbit mereka untuk membeli secara dalam talian. Ini kita harus galakkan supaya dari tradisional, kita beralih ke atas talian.
“Secara tidak langsung, ia dapat bantu peniaga supaya tidak terjejas dengan lebih teruk daripada sekarang yang dihadapi mereka,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Wed Jul 01 2020
Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Danial Wong berkata, memandangkan perbelanjaan melibatkan warga tempatan masih kurang, negara memerlukan pedagang dan pelancong dari luar negara untuk berbelanja di Malaysia. - Gambar Reuters
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.