Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Demikian jelas Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus menerusi kerjasama di antara dua pihak itu dijangka dapat memastikan tiada pihak tertinggal dalam mendapatkan bantuan.

"Semua pihak harus akur terutama NGO berkenaan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah untuk menyelamatkan semua.

Pada masa sama, kerajaan harus mengambil kira ada kalanya jentera kerajaan walaupun kuat dan tersusun dengan pelbagai agensi, mereka masih lagi memerlukan sedikit bantuan dari NGO untuk menyampaikan dan menyalurkan bantuan itu kepada kumpulan tersasar, terutama sekali mereka yang tercicir atau berada di kawasan pendalaman atau mereka tidak ada kebajikan yang tetap.

"Ini satu perkara harus diambil kira sebagai contoh di ibu kota seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang di mana ada golongan gelandangan, di kawasan laur bandar kelompok terpinggir terputus komunikasi dan sebagainya," ujarnya.

Ujar Ahmad Faizal, misi bantuan perlu diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin di peringkat kampung dan persatuan penduduk di sesuatu kawasan.

Malah, katanya dalam memastikan bantuan itu tiba tepat pada masanya kepada golongan sasaran, ia memerlukan sistem perlaksanaan dan koordinasi yang jelas oleh semua pihak.

"Ini tidak mudah terutama sekali dalam usaha mengagihkan bantuan ini, tetapi dengan pengalaman MERCY Malaysia beroperasi lebih 20 tahun di serata tempat di seluruh dunia. Kita ada pengalaman dalam pengagihan bantuan termasuk di kem pelarian.

"MERCY Malaysia sudah ada pengalaman itu, terutama tentang cara-cara dan sistem kita gunakan agar tidak mendatangkan masalah di suatu tempat dan lakukan dengan cara sistematik.

"MERCY Malaysia mencadangkan dalam usaha kita memberi bantuan dan juga bekalan harian kepada mereka yang memerlukan, terutama sekali mereka golongan B40 dan mereka yang terkesan akiabt pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).