Kerajaan Selangor akan menguatkuasakan kempen hindari penggunaan plastik sekali guna di semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran negeri itu mulai 1 Julai ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata cadangan untuk pelaksanaan kempen itu diluluskan oleh kerajaan negeri pada Rabu lepas sejajar dengan pelan hala tuju sifar plastik pakai buang 2018-2030 oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata kempen itu bertujuan menangani masalah alam sekitar khususnya berpunca daripada pencemaran ekoran penggunaan barangan plastik sekali guna demi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
"Kempen itu akan dikuatkuasakan di bangunan pentadbiran kerajaan negeri termasuk jabatan serta agensi di bawahnya seperti pejabat tanah dan daerah, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak-anak syarikat di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.
"Selain itu, ia juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang sentiasa berusaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna khususnya beg plastik dan polistirena," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Hee berkata semua jabatan dan agensi terlibat perlu mengikuti panduan bagi menghindari penggunaan plastik sekali guna iaitu dengan menggantikan botol minuman plastik sekali guna kepada botol kaca atau menyediakan jag air; dan menggantikan pembalut plastik pada piring, pinggan atau mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula.
Tambah Hee, semua jabatan dan agensi terlibat juga disaran menyediakan dispenser air untuk kemudahan isian semula selain tidak menyediakan piring, pinggan, mangkuk, cawan dan kutleri bersifat sekali guna dan mengelakkan daripada penggunaan penyedut minuman plastik.
"Semua pegawai yang bertugas dan orang awam yang berurusan di bangunan jabatan kerajaan negeri juga amatlah digalakkan membawa bekas makanan berserta kutleri termasuk penyedut minuman guna semula untuk kegunaan peribadi selain menggunakan beg khas guna semula semasa membeli makanan dan minuman di kafeteria," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri melalui pihaknya akan mengatur strategi untuk menyebar luaskan amalan berkenaan menerusi semua platform komunikasi terutama media sosial selain menyediakan bahan-bahan promosi berbentuk infografik, video dan sebagainya demi menjayakan kempen itu.
Jelas Hee, pihaknya juga menggalakkan badan swasta, sekolah, rumah ibadat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sebagainya dapat turut serta dalam kempen tersebut dan melaksanakannya melalui usaha sendiri di pelbagai lokasi dengan melibatkan seluruh rakyat di negeri itu demi mencapai tujuan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019
Hee Loy Sian berkata cadangan untuk pelaksanaan kempen itu diluluskan oleh kerajaan negeri pada Rabu lepas sejajar dengan pelan hala tuju sifar plastik pakai buang 2018-2030 oleh kerajaan pusat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Selangor ambil langkah kawalan pencemaran di Sungai Buloh
Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah, sedang dan akan melaksanakan beberapa langkah kawalan pencemaran sungai di Sungai Buloh.
Selangor kenal pasti lokasi bina ladang solar berskala besar
Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti lokasi untuk membina ladang solar (solar farm) berskala besar, terutamanya di kolam-kolam terbiar di negeri tersebut.
Selangor bakal lancar bas HOHO April depan
Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan.
Pantai Sungai Kajang adalah kawasan hutan simpan paya bakau
Tindakan JPNS menyita kawasan itu adalah langkah untuk memelihara hutan simpan paya bakau tersebut.
Selangor sasar lebih 3.5 juta pelancong pada tahun ini
Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.
Sidang DUN: Selangor tubuh jawatankuasa pemantau projek pembangunan pelancongan KSNP
Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau projek bagi memastikan segala syarat dan piawaan pembinaan Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) dipatuhi.
Lapan premis ternak babi dikenal pasti punca pelepasan air kotor, berbau di Tanjung Sepat
Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco
Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.
Perhilitan Selangor selamatkan beruang terkena jerat
Operasi menyelamat beruang seberat 46 kilogram itu disertai oleh kakitangan Perhilitan Selangor dan Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai.
Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.