Kementerian Kesihatan akan meneliti mekanisme bagi melaksanakan kawalan harga ke atas ubat-ubatan dalam pasaran, kata Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata usaha itu diambil berikutan harga ubat-ubatan dalam pasaran kian meningkat setiap tahun dan dikhuatiri menjejaskan kebolehmampuan penjagaan kesihatan untuk rakyat.
"Harga ubat-ubatan tidak tersenarai dalam harga barang terkawal dan ia didapati melambung tinggi setiap tahun.
"Kita akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyegerakan perkara ini. Namun terdapat banyak aspek dan faktor perlu diteliti dan diambil kira terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Program Perkhidmatan Farmasi di sini pada Selasa.
Dr Lee berkata kementerian juga sedang mengkaji mekanisme bagi menambah baik sistem bekalan ubat di hospital kerajaan dan pasaran untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi.
"Isu bekalan dan logistik ubat berkaitan juga dengan pemegang tender. Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku berkaitan perkara ini," katanya.
Beliau berkata antara aspek yang akan dinaik taraf bagi memastikan bekalan ubat mencukupi ialah penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih canggih untuk proses rekod yang lebih cekap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018
Kementerian juga sedang mengkaji mekanisme bagi menambah baik sistem bekalan ubat di hospital kerajaan dan pasaran untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit - Lukanisman
KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.
Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP
PMB menyumbang RM793,000 kepada Tabung Amanah KKM hingga Disember lepas menerusi inisiatif perkhidmatan UMP yang diperkenalkan sejak 2011.
Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN
LKAN bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan PematuhanJabatan/Agensi Negeri Melaka 2022 mendapati JPVNM telah menerima bekalan ubatanvaksin dan program peningkatan.
Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi
Bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan di Johor masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit pada ketika ini.
KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy
Ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.
Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.
Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.
COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengatasi masalah gangguan bekalan itu.