Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Isnin lepas disifatkan satu kehilangan besar buat sukan bola sepak negeri ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar berkata Kedah bukan sahaja kehilangan peminat nombor satu bola sepak negeri, tetapi kehilangan seorang raja yang sangat mengambil tahu keperluan dan kebajikan pemain.
"Memang kita KFA kehilangan peminat nombor satu bola sepak Kedah yang cukup berpengaruh dari segi pemain dan sokongan moral kerana Almarhum cukup mengambil berat tentang pasukan sehinggakan jersi bola sepak yang baharu pun Almarhum minta dipersembahkan agar tidak hilang teras pasukan iaitu Hijau Kuning pada jersi tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.
Aminuddin berkata, Almarhum Sultan Abdul Halim seorang yang mempunyai semangat luar biasa sehinggakan setiap kali membabitkan perlawanan antara pasukan Kedah, baginda akan mencemar duli turun menonton perlawanan itu.
"Sebab itu Almarhum sering berpesan kepada saya supaya jaga pasukan dan urus pasukan dengan baik kerana bola sepak adalah sukan rakyat yang menjadi sukan utama di negeri ini, Almarhum juga sentiasa mengikuti perkembangan perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah ketika di Istana Negara," katanya.
Katanya, minat Almarhum juga tidak terbatas di atas padang, tetapi sering menjemput pihak pengurusan dan pemain ke Istana Negara dan Istana Anak Bukit untuk meraikan kejuaraan yang dimenangi.
"Wajah kegembiraan terpancar pada wajah Almarhum baginda apabila berjaya mempersembahkan piala yang dimenangi terutama Piala Malaysia pada 2016, Piala FA dan Piala Sumbangsih tahun ini.
"Walaupun hanya naib juara Piala Malaysia pada 2015, Almarhum baginda tetap tidak lupa untuk meraikan bersama-sama pemain di Istana Negara," katanya.
Keperibadian Almarhum Sultan Abdul Halim yang lemah lembut menjadikan baginda cukup disenangi dan disukai oleh pegawai dan pemain termasuk pemain import.
"Saya mudah buat kerja dengan Almarhum kerana baginda menepati masa dan teliti dalam apa-apa perkara jika melibatkan pasukan, saya tidak akan melupakan pesanan Almarhum untuk menjaga pasukan dan kebajikan pemain Kedah," katanya.
Selain bola sepak, Almarhum Sultan Abdul Halim cukup meminati acara sukan air yang melibatkan rakyat jelata.
"Kalau tak silap baginda juga ada minta Temasya Sukan Sungai diadakan walaupun cuaca panas ketika itu kerana Almarhum meminati sukan perahu yang diadakan setiap tahun untuk rakyat," katanya.
Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada 2.30 petang Isnin lepas pada usia 89 tahun.
Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar kira-kira 4 petang semalam selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.
Almarhum Sultan Abdul Halim mencatat sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-5 dari 21 Sept 1970 hinggga 20 Sept 1975 dan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dari 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017
Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah disifatkan satu kehilangan besar buat sukan bola sepak negeri Kedah
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil perlombongan di Tawau
Kerajaan Sabah juga telah menerima lima peratus royalti ke atas hasil jualan emas mentah berjumlah RM23.96 juta daripada lombong emas itu.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.