Polis menerima 84 laporan setakat ini yang dibuat penduduk sekitar Pengerang berhubung insiden kebakaran dan letupan di tapak projek Rapid Pengerang, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kejadian itu terkawal sepenuhnya dan tiada insiden susulan berlaku.
"Kesemua 84 laporan itu dilakukan di Balai Polis Sungai Rengit dan Balai Polis Pengerang," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Ahsmon dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kejadian itu.
Beliau berkata menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam insiden kebakaran dan letupan yang berlaku pada kira-kira 1.20 pagi itu, dua warga tempatan cedera dan dipercayai lebih 10 buah rumah rosak di Kampung Lepau, berhampiran Pengerang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019
Dalam insiden kebakaran dan letupan yang berlaku pada kira-kira 1.20 pagi itu, dua warga tempatan cedera dan dipercayai lebih 10 buah rumah rosak di Kampung Lepau, berhampiran Pengerang. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kebakaran di Rapid Pengerang, polis terima 84 laporan penduduk
Kesemua 84 laporan itu dilakukan di Balai Polis Sungai Rengit dan Balai Polis Pengerang.