Adik mendiang Datuk Anthony Kevin Morais menyifatkan hukuman mati yang dijatuhkan kepada enam individu yang terbabit dalam pembunuhan abangnya, sebagai keadilan yang telah lama dinantikan.
Richard Morais tidak dapat menahan sebak ketika bertemu media selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh iaitu Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.
"Empat tahun tertekan menanti keputusan, saya memang mengharapkan hakim mendengar suara saya dan 'rintihan' Kevin, dan menjatuhkan hukuman paling maksimum kepada pesalah.
"Saya mendapat tahu bahawa Kevin dibunuh ketika sedang menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan seorang kolonel tentera yang berhadapan beberapa pertuduhan kes rasuah.
"Hukuman ini tidak dapat mengubati kesedihan kami sekeluarga akibat kehilangan Kevin, tetapi ini akan memberi penutup kepada kami, apabila mengetahui mereka tidak akan (berada) dalam kalangan masyarakat lagi selepas ini," katanya.
Richard juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan pendakwaraya yang dianggap cukup berdedikasi dan berjaya membuktikan kes, serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan penjenayah terbabit dalam tempoh masa yang singkat.
Terdahulu, enam individu tersebut dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh Kevin, lima tahun lalu.
Timbalan Pendakwaraya itu dilaporkan hilang pada 4 September 2015, selepas tidak hadir ke pejabat.
Mayat mangsa ditemui di satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ1, dalam tong dram yang diisi konkrit, pada 16 September.
Perbicaraan bermula pada 6 April 2016, dengan 84 saksi dipanggil, termasuk 14 daripada pihak pembelaan.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Madiha Abdullah
Fri Jul 10 2020
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas hakim menjatuhkan hukuman kepada semua tertuduh. - Astro AWANI / Shahir Omar
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.