Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Selasa melancarkan Program myGIG sebagai pendekatan strategik menyokong belia dalam ekosistem ekonomi gig pasca-COVID-19.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata program itu merupakan produk sulung Kerjasama Rentas Kementerian yang ditawarkan kepada belia menggunakan platform sedia ada di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu eRezeki dan GLOW menjadi myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance.
"Program ini merupakan sinergi Kerjasama Rentas Kementerian yang diusahakan oleh KBS dalam usaha membantu kumpulan belia meningkatkan potensi diri serta mengoptimumkan perkembangan ekonomi gig menjadi salah satu sumber meningkatkan pendapatan.
"Pelaksanaan program ini juga mendapat kerjasama padu daripada MDEC dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam aspek penyediaan sistem dan platform serta promosi kepada belia sehingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap pada perasmian Program myGIG yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook KBS, pada Selasa.
Pelancaran myGIG itu dirasmikan secara bersama oleh Reezal Merican serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Sementara itu, Saifuddin berkata kementeriannya akan terus komited untuk mendakap, memahami dan membantu perkembangan ekonomi gig negara ini.
"Kalau dulu kita mungkin risau melihat orang yang bekerja sendiri, namun ekonomi gig ini adalah satu bentuk pekerjaan yang baharu dan kita tidak boleh berlepas tangan daripadanya.
"Ekonomi gig akan kekal di sini dan ia akan berkembang dengan lebih pesat nanti, jadi apa yang penting sekarang ialah bagaimana kita melihat dan mengambil kira soal kebajikan, perundangan, percukaian dan lain-lain melibatkan pekerja ekonomi gig. Semua ini adalah tanggungjawab kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 23 2020
Reezal Merican berkata program itu merupakan produk sulung Kerjasama Rentas Kementerian yang ditawarkan kepada belia menggunakan platform sedia ada di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). -Gambar fail
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
KBS, KKMM lancar program myGIG bagi menyokong aspirasi belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melancarkan Program myGIG sebagai pendekatan strategik menyokong belia dalam ekosistem ekonomi gig.
Kongsikan idea anda di Kanvas Belia TN50
Laporan yang dinamakan Kanvas Belia TN50 itu menghimpunkan pelbagai aspirasi belia malaysia untuk era transformasi negara seterusnya.