Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas lebih 27,000 pasang kasut tiruan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta dalam operasi di dua premis di Ipoh pada Rabu.
Serbuan bermula 11.30 pagi itu dilakukan sepasukan enam pegawai penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya di Kawasan Perindustrian Menglembu dan Kawasan Perindustrian Chandan Raya.
Ketua Seksyen Siasatan KPDNHEP Putrajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu bersama wakil pemilik cap dagang.
"Kita dapat mengesan sejumlah yang banyak dan kita mengesyaki bahawa kilang ini tempat ini digunakan untuk menghasilkan ataupun mengilang kasut-kasut tiruan. Banyak bukti yang kami terima, banyak invois.
"Nampak dia punya petunjuk yang boleh merungkai siasatan. Yang kita boleh jalankan selepas ini, hendak mengenal pasti adakah aktiviti ini (dijalankan) seorang individu ataupun dia ada yang melibatkan sindiket yang membekalkan bahan mentah untuk menghasilkan barang tiruan tersebut.," ujar Shamsul Nizam.
Beliau ditemui dalam sidang media selepas operasi di Ipoh pada Rabu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Penguatkuasa Perak, V Ravichandran.
Shamsul Nizam berkata, kilang tersebut yang dipercayai telah beroperasi sejak lima tahun lalu memang mengeluarkan kasut tetapi yang tidak berjenama.
Menurutnya, berdasarkan bilangan yang banyak, pihaknya percaya kasut-kasut tiruan itu adalah untuk bekalan pasaran di negeri-negeri utara.
Katanya, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku menjadi pemilik kilang itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang jika sabit kesalahan, bagi orang perseorangan boleh didenda sehingga RM10,000 setiap unit dan sehingga RM15,000 seunit bagi perbadanan atau syarikat.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 18 2019
Pegawai KPDNHEP menunjukkan barang tiruan yang dirampas. - Astro AWANI/KPDNHEP
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Fokus MBI tahun ini memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.