Mungkin fakta ini agak mengejutkan, namun ia benar berlaku apabila kanak-kanak di Malaysia sedari usia lapan tahun sudah pandai menghisap rokok.
Menurut Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V Subbarow, fakta tersebut merupakan hasil dapatan daripada tinjauan yang dibuat oleh CAP berkenaan penggunaan rokok dalam kalangan belia.
Beliau berkata, hasil tinjauan juga mendapati kanak-kanak seawal umur lima hingga tujuh tahun sudah mula terdedah dengan rokok apabila mereka disuruh untuk membeli rokok oleh bapa mereka di kedai runcit.
"Selain itu, akses untuk mendapatkan rokok ini pun mudah kerana ada peniaga kedai yang menjual sebatang rokok...tak perlu beli sekotak rokok pun. Jadi, dari sini kanak-kanak ini mula belajar dengan membeli sebatang rokok dan cuba menghisapnya," katanya kepada Bernama.
Justeru, sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia esok dengan tema 'Belia' beliau menyeru kerajaan agar lebih tegas dalam melindungi golongan belia termasuk kanak-kanak daripada terus dimanipulasi oleh industri tembakau dengan melarang penggunaan rokok dalam kalangan mereka.
Subbarow berkata, pihak Jabatan Belia dan Sukan juga harus agresif dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada golongan belia akan impak besar dan risiko yang bakal diperoleh hasil daripada merokok.
"Kita lihat Jabatan Belia dan Sukan ini lebih menumpukan pada aspek mencungkil bakat belia dalam bidang sukan seperti bola sepak, namun dari sudut penggunaan bahaya merokok ini amat kurang. Sepatutnya perkara ini perlu lebih diberi perhatian kerana ia mengancam nyawa apatah lagi golongan belia merupakan harapan negara," katanya dan menambah penekanan kepada penguatkuasaan juga harus diberi keutamaan selain didikan ibu bapa yang bermula dari rumah.
Sementara itu, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat kira-kira lima juta perokok di Malaysia dan 10 peratus daripada jumlah itu berusia di bawah 19 tahun.
"Ketika CAP membuat tinjauan pada 2019, CAP terkejut mendapati kanak-kanak sekolah menghisap vape malah terlibat dalam menjual isian semula e-cecair bagi alat e-rokok. Pada penghujung 2019, terdapat kira-kira 7,000 perasa e-rokok di pasaran. Kepelbagaian perasa yang tersedia itu adalah untuk memikat pembeli dan menjadikannya satu tabiat atau ketagih kepada nikotina," katanya.
Memetik laporan khas Philip Morris pada 1981, beliau berkata, laporan itu menyebut majoriti perokok mula merokok ketika usia belasan tahun dan belia hari ini bakal menjadi pelanggan tetap rokok pada masa depan dengan mula membuat pilihan jenama pada usia remaja.
Sehubungan itu, Mohideen berkata, pihaknya mendesak kerajaan supaya memperkenalkan Akta Kawalan Tembakau bagi menggantikan Peraturan Kawalan Produk Tembakau (CTPR) 1993 yang tertakluk di bawah Akta Makanan 1983.
Beliau berkata, tanpa pengekangan dalam industri, adalah mustahil untuk mengurangkan RM7.4 bilion yang diperlukan oleh kerajaan untuk merawat penyakit utama yang dikaitkan dengan tabiat merokok menjelang 2025.
Selain itu, katanya, Kementerian Pendidikan juga boleh mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan isu kawalan tembakau sebagai sebahagian daripada silibus pendidikan. - BERNAMA
Bernama
Sat May 30 2020
Fakta mengenai kanak-kanak seawal usia lapan tahun sudah pandai menghisap rokok diperoleh hasil daripada tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. - Gambar hiasan
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11
Kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di Gua Musang telah mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Aspek keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak perlu diberi penekanan oleh ibu bapa - Fahmi
Aspek keselamatan dalam talian khususnya, kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun perlu diberikan penekanan oleh ibu bapa.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Kenaikan tambang bas sekolah, MOT terima maklum balas daripada pelbagai pihak
MOT menerima maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac.
Usaha kekalkan semangat muafakat perlu bermula dari rumah - Bryan Ng
Ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak mencontohi dan mempelajari setiap amalan dan percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.
Keluarga Zayn Rayyan takut buka media sosial
Keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendedahkan takut untuk membuka sebarang aplikasi media sosial sehingga kini kerana bimbang perasaan terus tergores.
Polis sekali lagi rakam keterangan ibu bapa Zayn Rayyan, individu jumpa mayat
Polis sekali lagi mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.